Semalam seharian aku duduk terbungkang dalam bilik. Sehingga lenguh badan aku tidur dan bangun untuk makan ubat. Mula-mula seperti biasa aku tak mahu pergi pusat kesihatan tapi setelah dibebelkan oleh seorang rakan yang banyak membantu, aku akur saja. Dahlah naik motor, buatnya aku terjatuh dari motor, habis aku. Hahaha
Bila aku sampai dekat hospital, ambil no giliran semua, masuklah aku jumpa doktor perempuan, cantik akak tu. Hahaha. Selepas itu, macam biasa dia tanya kenapa datang. Macam tak relevan saja soalan. Hahaha. Bila dah tanya macam, tiba-tiba suruh buat ujian air kencing. Alamak, macam serius saja bunyinya. Ni yang aku takut nak pergi hospital.
Bila dah buat ujian, doktor cakap kencing aku kotor. Ada 4 benda asing yang tak sepatutnya ada dalam kecing aku. Ada darah, ketone, protien dan ugb (susah nak sebut). Lepas itu, dia cakap ini ada kaitan dengan buah pinggang. Ayoo, bertambah suspen aku ni.
Akibat daripada itu, ketika dia mula-mula ambil tekanan darah aku, sangat-sangatlah tinggi. kemudian dia suruh tenang. Bila aku dah tenang, tekanan darah aku masih tinggi, ditambah denyutan nadi yang agak laju.
Kesan daripada itu, inilah ubat-ubat yang aku terpaksa makan. Dahlah banyak ubat pil. Tak suka.
Naik muak mulut aku makan ubat
Namun dalam pada aku sedang sakit ini, adalah yang datang bagi hadiah kerana aku bagi orang lain hadiah sempena konvo mereka. Terasa dah melalui konvokesyen saja.
ada bear kecil
Dikesempatan ini, aku nak ucaplah terima kasih dekat abg Faizal dan abg Jun sebab sentiasa datang bilik aku untuk memeriksa keadaan aku (dah macam jururawat). Kepada Rabi yang asyik offer aku makan Fast Food tatkala aku masih gering. Kepada coursemate, yang asyik hantar mesej bagitahu ada kerja yang perlu dihantar hari ini (tertekan sekejap) Tak dilupakan kepada semua yang mesej dan tahu keadaan aku yang tidak berapa sihat ini.
p/s :nampaknya, bolehlah aku mengotakan janji aku. Yayyyyyy
Filed under: Aku |
sabar ajelah…. rajin2 makan ubat, nanti baik lah tu…
mak aiiii..banyak ye ubat kene makan..
selalu jugak jumpa Dr yang bila kita duduk je, tanya kenapa datang….kadang2 pelik gak Dr ni, patutnye tanyalah apa masalah ke? sakit kat mana ke?
kang kalau kita datang jumpa dia, kita jawab baru putus cinta..baru tau!!..ahaa..just pelik ngan orang yang terpelajar leh tanya cam gitu..ehee 🙂
Semoga cepat baik. pastu datang upm jadi hakim lak ye.. teman aku sorang2 ni. hahahaha
euoooo…muda2 dh kene darah tinggi…uhuk3x..tu la, byk sgt mkn fast food tu, kn dah dpt fast sick gak, hahaha…makan ubat smpi abis, xcukup mtk lg kt doktor, hahaha…
Wish that u will get better quickly, InsyaAllah
aida >>> tq
juliana >>> nanti nak cubalah
pjoyz >>> selamat dah
hazri >>> oit, bkn darah tinggilah. mintak jauh
lutfi >>> amin..
hello..lps tu dpt gak chicken sup ala2 home made…tmbh plk roti naan(tu sume dh msk buku claim eh..)
tp lps tu g mkn still mnt ice..bior pon batok lg…
so in d end..xperlu sape2 tok oper anytin…sndri yg mnt..
nur >>>wakakaka. hampeh