SUMPAH LAHANAT

Disebabkan sumpah ini telah dicabar oleh ‘Razib’ bukan nama sebenar, maka aku akan buat juga kerana ianya melibatkan maruah. Hahaha

Lafaz mulia…

Dengan ini saya, tidak terangsang akibat diraba oleh Khaidzir Farhan yang gila seks di rumah felo tempat Pjoyz menginap ketika waktu magrib sambil dia sedang berwuduk di UPM.

-Sekian-

Kalau korang semua nak tahu, Paan ni dah lama tak berendak dengan makwe dia, tu yang duk minta semua orang raba dia. wakakaa. Jadilah, pjoyz, rizal dan aku mangsa keadaan fitnah politik yang dimainkan paan untuk naik MPP UNITEN. hahaha

p/s : jangan tiru aksi penulisan ini di blog anda, takut-takut menjadi satu unsur fitnah. Hahaha. Tapi inilah realiti sebenar yang pahit untuk kita terima. Wakakaka

Advertisement

CIRI-CIRI PILIHAN HATI

Di sebabkan desakan rakan-rakan yang ingin membantu aku mencari jodoh, di sini aku senaraikan ciri pilihanku. Kepada pembaca yang mungkin memiliki ciri ini, bolehlah hubungi aku. Hahahha.

Aku ini sebenarnya tidaklah terlalu memilih, tetapi mungkin kerana doa emak yang seakan mencegah aku bercintan-cintun ketika waktu belajar, sehingga kini aku tidak berkapel. Hahaha. Aku suka dan redha.

Ciri-ciri yang penting adalah dia memahami aku. Mungkin orang kata ini klise, tapi bagi aku ianya sangat penting. Sebab dia kena faham aku yang separuh gila ni, ditambah kawan-kawan aku juga gila. Wkaakaka.

Kedua, adalah orang yang mementingkan kejujuran dalam perhubungan. Bukanlah bermaksud setiap perkara perlu untuk diberitahu, aku pun tak suka. Tapi cukuplah sekadar perkara-perkara yang diminta penjelasan. Mudahkan.

Ketiga, aku dah tak kisah pun kalau ciri-ciri yang lain. Cantik? Pandai? Agama? Semuanya boleh dididik dan hanya sementara. Hahaha. Mesti semua kata aku poyo. Tapi Siapa-siapa yang kenal dengan aku, tahu bagaimana sebenarnya diri ini.

Alamak, adakah aku terlebih sudah? Nanti Pjoyz marah aku exposed lebih dalam blog. Hahaha. Lagipun, blog bukan tempat untuk mengexposedkan diri. Capap tak apa. Lantaklah. Oklah, aku rasa dah jawab pun pertanyaan semua orang.

Jom kita berubah jadi Aaron Aziz. Hahahaha.