Di sebabkan desakan rakan-rakan yang ingin membantu aku mencari jodoh, di sini aku senaraikan ciri pilihanku. Kepada pembaca yang mungkin memiliki ciri ini, bolehlah hubungi aku. Hahahha.
Aku ini sebenarnya tidaklah terlalu memilih, tetapi mungkin kerana doa emak yang seakan mencegah aku bercintan-cintun ketika waktu belajar, sehingga kini aku tidak berkapel. Hahaha. Aku suka dan redha.
Ciri-ciri yang penting adalah dia memahami aku. Mungkin orang kata ini klise, tapi bagi aku ianya sangat penting. Sebab dia kena faham aku yang separuh gila ni, ditambah kawan-kawan aku juga gila. Wkaakaka.
Kedua, adalah orang yang mementingkan kejujuran dalam perhubungan. Bukanlah bermaksud setiap perkara perlu untuk diberitahu, aku pun tak suka. Tapi cukuplah sekadar perkara-perkara yang diminta penjelasan. Mudahkan.
Ketiga, aku dah tak kisah pun kalau ciri-ciri yang lain. Cantik? Pandai? Agama? Semuanya boleh dididik dan hanya sementara. Hahaha. Mesti semua kata aku poyo. Tapi Siapa-siapa yang kenal dengan aku, tahu bagaimana sebenarnya diri ini.
Alamak, adakah aku terlebih sudah? Nanti Pjoyz marah aku exposed lebih dalam blog. Hahaha. Lagipun, blog bukan tempat untuk mengexposedkan diri. Capap tak apa. Lantaklah. Oklah, aku rasa dah jawab pun pertanyaan semua orang.
Jom kita berubah jadi Aaron Aziz. Hahahaha.
Filed under: Melagho |
nabi s.a.w kata wanita dipilih berdasarkan 4 pkra. agamanya, hartanya, rupanya dan keturunannya (kalau aku tak salah, kalau salah betulkan). maka pilihnya kerana agamanya… makna kata, kalau baik agamanya, baiklah yg lain…
hazri >>> Kalau dia dah jujur sudah semestinya dia berpegang kpd agama, Insyaallah
moga mudahlah dapat ape yang ko mintak tu…
Semoga cepat kawin. hehehe
g >>> tq
pjoyz >>> carikan aku awekz ump cepat. Hahaha
semoga dijumpai wanita solehah…insya allah….(^_^)
a.aziz??
ape dh jd dgn abg mata??dun wori…msh smpt nk bntk abg mata..
m’quote kate2 kwn aku…’Semuanya boleh dididik dan hanya sementara’
lol..
nur >>> ebngong betullah budak nie, dedahkan semua skandal aku nape??Hahaha
lol..
xpe..demi ko aku nk g merantau tok menyiasat status u noe who..lol