KENALI

Sebelum aku cerita tentang perkara tajuk ini, aku nak minta maaf sebab sampai sekarang belum update pasal hari konvo senior-seniorku tercinta itu. Hahaha. Semuanya kerana internet yang  tidak ‘kuat’. Tak boleh nak upload gambar. Nanti tak best pula.

Baiklah aku nak cerita sesuatu tentang cara mengenali taktik si ‘kasanova’. Walaupun aku lelaki, tetapi aku terpaksa melindungi mereka yang teraniaya seperti rakan aku. Begini taktiknya, mudah saja dan aku rasa semua pun akan tergoda kot. Haha

Pada peringkat ingin mengenali, pelbagai ayat-ayat cinta (macam pernah dengar) yang dimainkan oleh si ‘kasanova’. Kata-kata manis yang mungkin akan membuatkan seseorang percaya padanya tanpa menghiraukan kata-kata orang lain dan situasi semasa. (bayangkan)

Seterusnya, apabila berjumpa mereka ini biasanya sudah berani pegang memegang (perlindungan dan sayang katanya) Hahaha. Jadi berhati-hati bila dipegang mahupun disentuh (taktik untuk membuatkan anda rasa selamat dengannya)

Diperingkat awal mengenali, sudah semestinya mereka ini akan selalu menghubungi dan bertanyakan khabar anda (maklumlah pelindung setia) tak cukup mungkin dengan es-em-es, ditambah lagi dengan semua telefon yang ada. Telefon rumah, pejabat, dan mungkin telefon awam. Hahaha (mesti semua orang akan percaya pengorbanan yang dilakukan)

Ada satu lagi cara, kadang-kadang si ‘kasanova’ ini akan memberi hadiah walaupun itu bukan tarikh-tarikh yang penting. ‘Saja-saja nak bagi’ katanya (manisnya kenangan itu). Bak kata rakanku, yang bestnya hadiah yang diberi itu sesuatu yang mungkin sangat kita minati. Contohnya minyak wangi, baju atau beg dan sebagainya. Rakan aku ini dapat minyak wangi. Apa tah jenamanya. Harga beratus jugalah.

Selain itu, ketika mula ingin mendapatkan sesuatu yang berharga, mereka akan kerap berjumpa dengan anda. Contohnya 2 minggu sekali pasti akan berjumpa. rindu katanya. Walaupun tatkala itu sibuk mungkin dengan kerjanya (kalau mereka bekerjalah) Perjumpaan yang semakin menjalinkan perhubungan yang erat (perhubungan fizikal mahupun mental)

Sesekali, mereka juga akan membawa anda pergi berjalan-jalan. Tak kisahlah ke mana, tapi sekurang-kurangnya nampak bersama dengan anda. hahaha. Kawan aku kata, ketika ini si ‘kasanova’ ini akan bertindak sangat romantis.(berhati-hati) Nasihat aku jangan pergi, kerana ianya mungkin kesilapan paling besar anda nanti.

Kemudian seperti biasalah, mereka ini inginkan sesuatu. setelah dapat pergilah mereka dengan kesibukan yang menghimpit diri. Kalau tidak pun tiba-tiba mereka dah berkahwin dan sukar lagi untuk berjumpa. Padahal sebelum itu dah kahwin pun. Wakakaa. Maklumlah, ‘kasanova’. Itu ayat kawan aku, sedih dan lawak mendengarnya.

Kemudian, seperti biasa semua cara berhubung dan komunikasi sebelum ini hanya tinggal kenangan. Janji yang dimetrai entah ke mana. Dan kau? Habis madu sepah dibuanglah. Sedih juga bagi pihak mereka yang teraniaya ini, namun padan muka juga. Siapa suruh tergoda.(Kejamnya aku)

Namun tidak mengapa, orang begini akan mendapat pembalasannya. Kalau diakhirat kita mungkin tahu akan akibatnya. Namun di dunia? Mungkin ramai yang tidak dapat melihatnya. Kadang rezeki yang terlalu melimpah juga adalah satu dugaan dan bencana untuknya. Kalaupun banyak rezeki pasti ada kekurangannya. Anak yang degil, anak sakit teruk, dirinya sakit tidak pulih-pulih dan mungkin tidak ada rezeki anak. Itu semua pembalasan untuk mereka sebenarnya.

Namun kita ini manusia bukan. Kita selalu tidak nampak apa yang berlaku kepada kita. Kita memerlukan orang lain untuk menyedarkan kita. Apa yang mungkin si ‘kasanova’ ini nampak hanyalah kekuatan mereka. Sedangkan kekuatan mereka adalah kelemahan mereka. Contohnya, pelakon. Akibat lakonan mereka yang mantap, kadang-kadang kata mereka sukar dipercayai. Kasihan

Pada pendapat semua pembaca, apakah yang perlu untuk kita lakukan kepada si ‘kasanova’ ini? Rejam mereka? Sula mereka? Atau apa?  Sila berikan komen.

6 Respons

  1. minyak wangi tuh memang tak tahan.. memang aku pun leh cair dengan hadiah minyak wangi insan oiiiiii hahahahaha :p
    p/s: kite tinggalkan si kasanova tue dengan segera dan cari gantinya.. yay yay yay

  2. budak epal >>> baiknya, tinggalkan tanpa beri pengajaran… Aku bagi nasihat dekat kawan aku tu, buat perang psiko biar dia mati..wakakakak kejam x aku….

  3. ble plk ko nk post ttg kekuciwaan ko pabila mndpt tahu u noe who tu gay??
    lol

  4. nur >>> hampeh nie cerita lainlah.

  5. buat kasanova,kita biar lepas je..
    kalau kasanuar,kita sula..

  6. aku setuju paan aku setuju

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: