Forum ini telah diadakan di UKM pada hari rabu yang lepas. Beberapa panel telah dijemput untuk membincangkan isu berkenaan. Aku tidaklah berkesempatan untuk pergi mendengar perbincangan ini. Maklumlah, agak sibuk dengan kerja-kerja sebagai pelajar (cewah, pada hal tengok movie dalam bilik).
Aku bukan ingin berbincang tentang apakah yang ingin dibicarakan, tetapi apa yang terjadi pada keesokan harinya. Aku yang baru turun bas dari Fakulti tercinta aku yang jauhnya lebih kurang 5 minit naik bas begitu terkejut dengan pelajar-pelajar yang berkumpul di depan dewan perbincangan AUKU ini semalam. Ini gambarnya.
Sehinggakan ambulan juga turut hadir di tempat berkenaan. Pegawai keselamatan juga terpaksa turun padang bagi mengwal keadaan yang agak sibuk dengan pelajar-pelajar berkumpul. Aku lihat pensyarah-pensyarah pula semakin ramai yang meninggalkan kawasan itu. Maklumlah fakulti ini adalah fakulti yang terbesar dekat UKM. Betul ke? Hahaha.
Ada pelajar yang melarikan diri dari kawasan berkenaan kerana takut mungkin. Tapi dengan semangat waja, aku semakin menghampiri kawasan tersebut. Sepanjang perjalanan itu aku sempatlah ambil beberapa keping gambar lagi.
Pelajar berhimpun
Tidak cukup dengan itu, tiba-tiba asap berkepul-kepul naik ke udara. Adakah perhimpunan ini akan menjadi lebih buruk. Ini menyebabkan perasaan ingin tahu aku semakin mendalam. Aku pun turun lagi ke bawah (jalan menuruni bukit). Bila turun sampai sahaja dekat bawah, hampeh.
Bukannya perhimpunan pelajar sebab forum yang berlangsung semalam. Rupanya firedrill oleh pihak fakulti. Buat suspen saja kan. Aku dari atas beriyalah nak tengok apa yang terjadi, dan ambil gambar. Sekali ‘firedrill’. Macam mana aku boleh tertipu ni? Oh, patutlah dari atas dek kerana ramai sangat orang dekat atas, aku tak berapa nampak keseluruhan keadaan. Haha
Di sebabkan ‘firedrill’ yang berlaku, maka kelas aku pada waktu itu terpaksa dibatalkan. Sedih sungguh (padahal hati bersorak gembira). Jadi aku terpaksa pulang ke bilik untuk sambung tidur. Yay. Hahaha.
Filed under: Aku |
Tu sebenarnya persembahan untuk menghiburkan mereka yang dilarang daripada memasuki dewan sebenarnya. Hehehe
Persembahan pembukaan kot.. hahaha…
pergh…suspen gle….
ingt betul2 td…hehe..