CUTI & RAMADHAN

Aku akan balik bercuti hujung minggu ni. Ada beberapa perkara yang akan aku lakukan. Hehehe.

1. Menjadi hakim di UPM pada hari sabtu, sebelum aku pulang ke rumah. Permintaan dari sahabat tidak molek untuk di tolak.

2. Bila pulang ke rumah, ingin berjumpa rakan yang pulang bercuti dari UK. Melanjutkan pelajaran di sana. Maklumlah, rakan baik.

3. Sambut puasa pertama di rumah. Kalau mengikut pengiraan aku, aku dapat berbuka sekali di rumah dan 2 kali bersahur sebelum pulang semula ke UKM.

4. Nak berehat akibat tekanan exam mid semester yang aku tempuhi selama seminggu menghadap kertas matematik dan juga fizik. Semuanya melibatkan pengiraan. Seminggu marathon. Hehehe

Jadi ucapan aku buat semua pembaca, sambutlah salam ramadhan dari Insan Kerdil di muka bumi ALLAH ini. Mohon kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan segalanya. Moga kita semua beroleh rahmat darinya.

p/s : Selamat juga menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-51. Perpaduan Teras Kejayaan. Mari kita masuk debat perpaduan. Yay. Hahaha