CUTI & RAMADHAN

Aku akan balik bercuti hujung minggu ni. Ada beberapa perkara yang akan aku lakukan. Hehehe.

1. Menjadi hakim di UPM pada hari sabtu, sebelum aku pulang ke rumah. Permintaan dari sahabat tidak molek untuk di tolak.

2. Bila pulang ke rumah, ingin berjumpa rakan yang pulang bercuti dari UK. Melanjutkan pelajaran di sana. Maklumlah, rakan baik.

3. Sambut puasa pertama di rumah. Kalau mengikut pengiraan aku, aku dapat berbuka sekali di rumah dan 2 kali bersahur sebelum pulang semula ke UKM.

4. Nak berehat akibat tekanan exam mid semester yang aku tempuhi selama seminggu menghadap kertas matematik dan juga fizik. Semuanya melibatkan pengiraan. Seminggu marathon. Hehehe

Jadi ucapan aku buat semua pembaca, sambutlah salam ramadhan dari Insan Kerdil di muka bumi ALLAH ini. Mohon kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan segalanya. Moga kita semua beroleh rahmat darinya.

p/s : Selamat juga menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-51. Perpaduan Teras Kejayaan. Mari kita masuk debat perpaduan. Yay. Hahaha

Advertisement

13 Respons

  1. salam ramadhan al-mubarak.

    semoga bulan yg mulia ini
    akan dipenuhi dengan perkara2 yg mulia jgk.

    insafi diri,
    perbaiki kendiri,
    hidup dihargai,
    amalan ditingkati,
    syurga pasti menjadi destinasi
    untuk yang beriman dan berbakti,
    menuju kejalan yang di rahmati,
    kerana Allah telah berjanji,
    syurga untuk orang2 yang beriman dan menurut segala suruhan,
    menghindar segala kemungkaran.

    sama2 mengerjakan
    keberkatannya
    demi kemulian islam.
    selamat berpuasa…

  2. Selamat Berpuasa:D

  3. Amaran Keras Kerajaan Malaysia : Jangan Sesekali Cuba Untung Ponteng Puasa. Kecuali Jika Anda Keuzuran.

  4. pergi UPM singgahlah bilik lagi. hehehe

  5. selamat berpuaa.. πŸ˜€

  6. alamak salah taip pulak..
    selamat berpuasa! πŸ˜€

  7. Selamat menyambut Ramadhan…. πŸ™‚

  8. BF (best frenz) ker yg balik dari UK tuu??? huhuhu….

    slamat berpose..

  9. abg nua~
    balik ukm bwak bekal bukak posa dr rumah!
    hehehehe..
    sila2 melawat blog baru ku~
    lifeiswhateva.blogspot.com..
    weee~~

  10. meriah nya bercuti.. nway ada masa kita berbuka bersama k.. huhu

  11. aku menanti resolusi tu. wawawa

  12. budak epal >>> resolusi telah pun kita kecapi, tinggal pelaksanaan nya saja kita nantikan.

    mino >>> tulah, ko turunlah k.l. Kita panggil pendebat seluruh malaysia turun. yay

    mira >>>alamak, cik adik mak tak masaklah, dia bz wat kuih…wah ade blog sudah

    awis >>> bf tue pmpuanlah. abg bob nie asyik ingat jantan jer….opssss

    jijah >>> selamat juga untuk awak. terima kasih melawat

    masyar >>> selamat untuk adik masyar

    q >>>aku dah singgahkan tempoh hari.

    pjoyz >>> ko tu jage gerai leklok, sat g tgh buat air sedap jer duk merasa

    am >>> selamat untuk abg di perantauan

    faiezi >>>pergh, ayat tak boleh blah…. selamat berpose

  13. HUhuhuhu… hari pertama meniaga, aku x sempat pun nak rasa air gerai aku sendri.. abis dijual

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: