3 : 2 : 1

Apakah makna tajuk entry ini?

Sudah enam hari berpuasa, 3 hari aku berterawih sendiri (solo) di rumah dan di bilik. Dua hari tidak berterawih (demam) dan semalam akhirnya aku dapat menghadirkan diri ke masjid UKM yang tersergam indah di pintu masuk utama.

Lebih menambahkan keindahan itu apabila imam yang mengepalai solat terawih begitu lunak suara dan alunan bacaannya. Sudah lama tidak mendengar cara bacaan begitu rupa. ( Dulu pernah belajar, tapi akibat melagho yang tidak terkawal, semuanya tinggal kenangan) Hahaha.

Tetapi tumpuan solat aku agak sedikit terganggu akibat kesakitan lutut dan betis aku yang teramat sangat semalam. Rasa macam nak pecah dan meletup. Tertekan. Nasib baik, pulang dari masjid ada yang sudi mengurut. Terima kasih Abg Faizal. Hehehe.

Kemudian, pagi ini bersahur pula di luar UKM. Di kedai mamak, program yang telah lama dirancang dan terlaksana jua. Hehehe. Ramai juga orang yang keluar sahur ni. Macam makan waktu malam pula rasanya.

Hari ini ada program berbuka puasa di kolej rakan. Beliau nak tunaikan nazar dengan belanja kawan-kawan berbuka. Jimat belanja. Hahaha. Semoga murah rezeki, lain kali belanja lagi. (Ada sesiapa nak belanja aku?)

Oklah, itu sahaja nak tulis. Sekarang nak tidur balik. Hahaha.

p/s : Jangan ada sesiapa nak mengeji aku sebab tak penuh terawih ya. Patutnya kamu semua mengeji mereka yang tidak pergi solat jumaat dan Si Paan yang nak berbuka puasa dengan mengorek hidung. Orang semua berbuka dengan benda manis, dia berbuka dengan taik hidung. Hahaha. JOM MENGEJI!!!

Advertisement

4 Respons

  1. Takpe. Aku paham

  2. adakah ko tau bahawa tahi idung itu rasanya manis? hahahahha

  3. beliau yang bernazar untuk belanja rakannya belum lagi belanja aku. huhuhu…

  4. Pjoyz >>>terima kasih kerana memahami

    Paan >>> Paan lembap plak arini dlam membaca. Cuba baca balik.

    qdtctve >>> Sabarlah menunggu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: