PARANOIDKAH

Ketika kau sedang sibuk menyelamatkan sebuah perhubungan, kau sibuk menyalahkan dan cuba menuduh akulah puncanya.

Ketika kau sedang sibuk menyelamatkan sebuah perhubungan, kau masih lagi sanggup menipu aku yang tidak layak untuk ditipu ini.

Ketika kau sedang menyelamatkan sebuah perhubungan, kau sanggup tolak ku ketepi dan menuding jari ke atas diriku.

Sedangkan ketika kau sedang cuba menyelamatkan sebuah perhubungan, kau sepatutnya mencari kelemahan diri dan bukan mencari kelemahan orang lain.

Sedangkan ketika kau sedang menyelamatkan sebuah perhubungan, aku pendengar setia kepada permasalahan kau.

Adakah ketika ketika kau sedang menyelamatkan perhubungan, masih aku yang harus dipersalahkan.

Aku? Siapa pernah peduli perasaan hati ini. Tapi tidak mengapa. Aku sudah biasa. 

p/s : Jangan terlalu PARANOID, kerana ianya akan menyebabkan segalanya semakin terbongkar. Nasihat ikhlas dari aku.

[Maaflah, tajuk entry terguna ayat pondan pula]

Advertisement