16 SEPTEMBER

Desas desus menyatakan bahawa sebuah kerajaan baru akan terbentuk pada tarikh ini. Namun realitinya? Masih belum diketahui sehingga aku menulis entry ini. Siapa yang berharap kerajaan baru (sila angkat tangan).

Namun biarlah perkara ini dinilai sendiri oleh mereka yang ingin lompat parti. Namun bagi aku, keadaan lompat parti adalah suatu tindakan tidak menghormati rakyat yang mengundi. Biarkan.

Aku pula seperti biasa, menghabiskan sisa kehidupan (cewah) aku di UKM. Hahaha. Buat kerja-kerja tertangguh aku dan menghiburkan hati yang lara (pernah ke?).

Program berbuka puasa bersama rakan fakulti aku sangat mencabar pada hari semalam. Kami merancang berbuka di KFC Kajang (tempat biasa saja). namun banyak halangannya.

Pertama, terpaksa tukar bas lain untuk ke Kajang. Setelah tiba-tiba pakcik pemandu tu sesuka hati nak berhenti awal untuk berbuka. (Sedih gila, macamlah kitorang tak berbuka). Kedua, masa balik pun kami terpaksa bertukar bas dari naik Rapid KL kepada bas UKM. Hahaha. Sungguh gigih. Dahlah ayam KFC di Kajang kecil gila, macam tak berbaloi pula rasanya.

Balik-balik aku terus pergi latihan debat. Sampai dekat bilik latihan, ada pula ceramah bebas oleh Gabungan Mahasiswa. Sampai pengawai keselamatan pun turun juga. Bagi memastikan keselamatan. Serius betul perhimpunan tu. (Kacau betul aku nak jalan)

Balik bilik pula, tak boleh nak tidur. Hahaha. So apa lagi, aku pun menulis entry ni. Pasal debat persahabatan di UPM pun aku tak update lagi. Uwaaa, sebab aku lupa nak ambil gambar. Sedihnya.

Oklah, aku nak rehat-rehat tengok movie. Jangan jeles. Jom berhibur.