PERAMAH 08′

Mungkin aku antara pendebat yang pergi PERAMAH paling lambat untuk update cerita dari sana. Sehinggakan Ali sibuk tanya. Wakakaka.

Sehinggakan Ali berkata bahawa aku pergi sana nak jumpa Cinta? Hahhaa. Cinta tiada, kekasih banyak. Ada kekasih gelap (Syam) Ada kekasih separa cerah (Pjoyz) dan ada juga kekasih cerah (Paan) Hahaha. Puas hati Ali?

Baiklah, secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan program ad hoc Syam ni. Walaupun dengan persiapan singkat, masih boleh menyediakan penganjuran yang baik (walaupun tak ada air untuk membasahkan tekak)

Dari segi penginapan aku tak boleh nak komen, sebab aku tidak menginap di sana. Tapi rata-rata pendebat berpendapat semuanya dalam keadaan yang baik. Tahniah SYam. makan pun best tau untuk berbuka. Ditambah dengan sessi mengumpat bersama Boan, Faezah dan Shida. Hahaha

Perdebatan persahabatan yang berlangsung sebanyak 2 pusingan saja (x larat, tak ada air). Kemudian ada satu perlawanan best dengan usul ‘LELAKI BERPAYUNG PONDAN’ Hahaha. Walaupun usul ini sedikit bengong, namun kreativiti pendebat sangat terserlah.

Satu tahap yang belum boleh lagi aku capai. Mungkin aku perlu lebih belajar lagi untuk menjadi di kalangan terbaik. Hiburan dipetang hari dengan usul santai begitu sangat megujakan. Terima kasih pada semua.

Sepetang bersama saudara Amer bermain pingpong sambil mulut rancak berbicara juga sangat menarik. Terima kasih kepada Amer yang sudi berkongsi rasa bersama aku. Sangat indah petang itu menghabiskan masa bersama. (Walaupun semua orang pergi bazar, kita main pingpong)

Bagi pihak kontinjen UKM aku memohon kemaafan kepada semua yang lain kerana kehadiran dan kepulangan kami yang agak cepat. Tidak dapat kita bersama untuk mengeratkan lagi kemesraan. Hehehe.

p/s : Terima kasih kepada Ali atas nasihat yang anda berikan. Terima kasih kepada Syam yang telefon aku pagi-pagi buta (habiskan super saver orang lain)

[Aku masih lagi tidak tidur sehingga entry ini ditulis jam 4.30 pagi] Jom bersahur

Pencarian lelaki maskulin

nilah Paparazi yang sangat suka buat cerita. (baju biru)