Aku selalu menjadi mangsa keadaan. Ini bukan entry untuk memohon simpati dan kasihan. Tetapi hanya ingin meluahkan segala di hati yang tersimpan.
Mungkin akan ada yang mengerti. Semoga akan sentiasa sedar diri. Supaya anda akan sentiasa tidak mengulangi. Segalanya untuk puaskan hati.
Nasihat kepada kau yang sedang mempermainkan aku, jagalah tingkah laku. Jangan nanti menangis tidak berlagu dan akhirnya duduk termangu.
Aku mungkin sedih, namun bukan bererti aku lemah. Bukan bererti aku tidak mampu untuk berdiri. Tapi inilah aku, sentiasa bersedia dan memahami apa yang aku mahu. Bukan seperti engkau yang hidup dengan mencanang cerita jantan candoo (macam aku. Hahaha. Tiba-tiba jah)
Jadi disebabkan kamu, aku tidak tidur semalam dan menghadap laptopku. Menulis sedikit bingkisanku, untuk ditatapi kamu. Semuanya hanyalah untuk menenangkan diriku. Syahdu memang syahdu (sambil lagu raya kedengaran).
Sudahlah, mungkin segalanya dah aku luahkan. Semoga aku akan sentiasa dapat mengawal perasaan. nasib ada si dia membantu untuk menenangkan. Hahaha.
p/s : Jangan sesiapa cuba untuk menaakul sipakah ‘dia’ yer… Kerana ianya hanya fiksyen untuk menyedapkan hati yang sedang berduka. Hahaha. Yay, malam ni aku dah 2 malam tidak tidur. hahaha
Filed under: Aku | 9 Comments »