TERIMA KASIH SEGALANYA

Tajuk entry macam pernah aku jumpa, tapi di mana ya? Tak mengapalah, hanya aku, dia dan kamu saja yang mengetahui. Hahaha. Cewah, jiwang tiba-tiba.

Sebenarnya aku nak ucap terima kasih lahar pada EDDY yang tak habis-habis bersandiwara tanpa selelindung (selindung) di blog dan juga YM aku. Hahaha.

Terima kasih kepada EDDY juga sebab cakap aku Lelaki Idaman Indon. Aku terimalah pandangan kau. Dengan kata lain dia nak bagitahu pada semua betapa kacaknya aku. Hahaha. [ Sapppppppp, tinggi gila ]

Terima kasih juga pada Abg Jimmy; orang pertama bagi kad raya direct kepada aku. Yayy, Nanti kita keluar makan dan tengok wayang ya,  Abg jimmy dengan Rabi dan geng bas sekolah kita. Hahaha.

Lepas tu dedikasi khas buat penikam aku dari belakang yang sangat-sangat berjaya membuat aku panas hati (sampai tak tidur malam). Namun kau tidak berjaya mengubah selera makan dan melagho aku. Hahaha.

Kepada Mira, terima kasih juga kerana anda menjadi peneman setia aku bergosip dan tempat meluah perasaan. Jadi kepada siap yang asyik buat aku sedih, tak puas hati, gembira dan sebagainya Mira ni tahulah siapa anda. Wakakaka. [ Teruskan membongkar manusia pelik sekeliling kita ]

Oklah, aku nak sambung tgk CSI. Lepas tu nak bersiap pergi jalan-jalan beli barang raya hari ini. Huhuhuhu. Akibat budget yang mengalami penguncupan, maka aku terpaksa berfikir secara waras akal tentang keperluan yang harus dibeli. Kalau tidak, ikat perut aku hujung-hujung semester.

p/s : Jom mengeji aku semua, sebab kata Pjoyz, Syam dan Paan mengeji tanda sayang. Hahaha. Geng Kombad berjaya (sambil buat ala-ala pasukan sorak wanita) [Nota: bayangkan 3 orang ni pakai skirt sambil pegang bulu-bulu tu. Hahaha]