Dikesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA pada semua. Tahniah kerana kita berjaya mengharungi sebulan yang penuh dengan cabaran.
Oleh kerana aku akan pulang ke kampung bermula dari 21/09/08 ( Ahad) maka aku juga akan bercuti dari alam maya buat sementara waktu sehingga 05/10/08 (Ahad) Insyaallah.
Jadi aku nak mohonlah keampunan dan kemaafan (gaya ala2 susun 10 jari) kepada semua pembaca blog aku yang setia mahupun tidak atas mungkin kekasaran, kebosanan, keemosian dan pencacian yang aku lakukan sepanjang aku menulis di alam maya ini. Maklumlah, aku juga manusia seprti kamu semua.
Kepada pembaca blog aku ini juga terpaksa menahan mata untuk tidak membaca sebarang entry sepanjang percutian ini (Kalau rajin dan gigih aku pergi cc). Maklumlah, rumah kampung tiada internet. Di samping dapat melepaskan lelah dan tekanan.
Pesanan kepada semua pembaca blog yang rasa dekat dengan aku, jangan lupa sedekahkan makanan dari emak korang semua dekat aku. Hahaha. Ditambah dengan duit raya yang Ayah korang bagi tu dekat aku. Hahaha.
Jadi untuk menghubungi aku, silalah telefon aku atau pun es-em-es seperti biasa ya (walaupun keypad hp aku probs). Ada kredit aku balas, tak ada kredit aku cari orang sponsor. Haha.
Akhir sekali sampaikan salam aku pada semua ahli keluarga korang. Ibu bapa, adik beradik, suami @ isteri (kepada yang berkahwin), anak-anak (kepada yang dah punya rezeki) kekasih hati (gelap @ cerah @ separa ) kekasih tersembunyi atau dah didedahkan. Kepada mereka yang berkongsi kasih, mahupun menumpang kasih. Kepada seluruh umat Islam yang mungkin kenal diri ini.
Selamat bercuti semua. Jumpa lagi lain kali.
Filed under: Hidup |
Nuar selamat hari raya… maaf zahir batin.. walaupun ko ala-ala penuh jerk baki puasa tue kan??? hehehehehehe raya dtg umah aku eh.. gossiiiiippppppp!!!! zasssss
Hahahaha… awal gile ko balik… smangat raya menebal nih… aku 26 baru dapat balik. Huhuhuhu… pape pon slamat hari raya. maaf zahir je. yang batin tu patut ko yang kena minta maaf sebab dok wat gangguan seksual jah… hahahahahha
p/s: Paan paling banyak wat dosa batin ngan ko kan? hehehehe. So dia la kna mintak maap zahir dan batin. Hehehe
selamat hari raya jugak..
maaf zahir dan batin…
🙂
‘berkongsi kasih atau yang menumpang kasih’…… hmmm….. interesting..
slamat ari raya..
salam aidilfitri.
Slamat ari raya nuar.. nak minta kirim kuih raya..
samat hali laye juga pd nuar..maf zahir dan batin ek…
salam aidilfitiri..
maaf zahir dan batin..