DEBAT

Hari ini aku ada debat persahabatan dengan rakan-rakan pendebat seperti MMU, UiTM, UNITAR, UPM, UMP, UTP dan ada lain mungkin.

Perlawanan ini diadakan di UPM. Menjadi penganjur debat di bulan Ramadhan sangat menjimatkan. Hahaha. Budget dapat dijimatkan.

Esok aku updatekan gambar dan juga apa cerita dari UPM. Hehehe.

LEGA

Segalanya telah kuluahkan pada dirimu. Antara percaya atau tidak itulah tindakan yang mampu aku lakukan.

Segala sebab dan akibat telah pun kuterangkan. Harapnya kau mengerti dan memahami. Janganlah diulangi.

Kini, aku telahpun lega kerana tidak perlu untuk memendam rasa berpura-pura dan sebagainya. Hidupku sebagai seorang Insan Kerdil akan bergerak seperti biasa tanpa sebarang hipokrasi.

Senyumlah kerana ianya penawar segala kedukaan.

p/s : Sepanjang hari semalam asyik terdengar lagu raya. Hahaha. Hujan sedang turun ketika bersahur, katil memanggil-manggil. Jom tidur.

WAKANABEB

Mungkin disebabkan beberapa entry yang sebelum ini agak tegang bunyinya, hari ini aku berbesar hati ingin buat entry pasal lain pula. Lupakan sejenak tentang perasaan aku yang tidakpernah dipedulikan [konon sedih]

Bulan puasa begini pun ada orang main ‘tag’. Ni semua kerja si Budak Epal yang semakin keras hatinya. (Aku tak main apilah, takut panas)

Nasib baik ‘tag’ ini mudah sahaja. Masukkan saja gambar smiley dekat atas ini dalam entry terbaru. Hahaha. Lepas itu, macam biasa kamu semua kenalah ‘tag’ orang lain pula.

Siapakah insan bertuah yang akan kena ‘tag’ dengan aku. Senarainya

  1. Eddy UTP
  2. Mira
  3. Rizal
  4. Aizuddin UNITAR
  5. Jijah UMT

Ni semua rakan baru aku di alam maya. Bagi peluang mereka nak exposed. hahaha. Jadi buatlah ‘tag’ ini ya. Jangan malas di bulan puasa ini. Hehehe

p/s : Mood untuk ber es-em-es kurang. Maaf dipohon.

PARANOIDKAH

Ketika kau sedang sibuk menyelamatkan sebuah perhubungan, kau sibuk menyalahkan dan cuba menuduh akulah puncanya.

Ketika kau sedang sibuk menyelamatkan sebuah perhubungan, kau masih lagi sanggup menipu aku yang tidak layak untuk ditipu ini.

Ketika kau sedang menyelamatkan sebuah perhubungan, kau sanggup tolak ku ketepi dan menuding jari ke atas diriku.

Sedangkan ketika kau sedang cuba menyelamatkan sebuah perhubungan, kau sepatutnya mencari kelemahan diri dan bukan mencari kelemahan orang lain.

Sedangkan ketika kau sedang menyelamatkan sebuah perhubungan, aku pendengar setia kepada permasalahan kau.

Adakah ketika ketika kau sedang menyelamatkan perhubungan, masih aku yang harus dipersalahkan.

Aku? Siapa pernah peduli perasaan hati ini. Tapi tidak mengapa. Aku sudah biasa. 

p/s : Jangan terlalu PARANOID, kerana ianya akan menyebabkan segalanya semakin terbongkar. Nasihat ikhlas dari aku.

[Maaflah, tajuk entry terguna ayat pondan pula]

RAHSIA II

Kadang-kadang hidup sebagai manusia ini sudah seperti anjing yang tersepit.

Namun dek kerana ianya manusia, masih ingin lagi ditegakkan benang yang basah. (Sebab anjing tersepit di tepi sungai)

Tapi sedarlah, inilah rahsia kehidupan manusia yang paling sukar diungkapkan mengapa.

p/s : Pelan Strategik bergerak dengan lancar. Moga kelancaran ini tidak diganggu dengan hati yang tulus dan ikhlas. [Merepek saja aku bulan-bulan puasa. Hahaha]