MANISNYA RAMADHAN

Sudah lama aku tidak menjengah ke alam maya ini. Tempat aku luahkan segalanya (Yeke?). Oklah, mari kita mulakan cerita hari cuti kita.

UKM memberikan pelajarnya cuti awal berbanding universiti lain. Ada baik dan buruknya. Baiknya, pelajar tak takut tiket habis untuk pulang. Buruknya, aku mati kebosanan keseorangan di rumah. Hahaha. Walaupun begitu, aku balik lewat sikit daripada pelajar yang lain. Mereka Jumaat, aku ahad. Akibatnya, stesen UKM kesepian.

SEPI

Disebabkan semua kawan-kawan aku belum pulang, maka aku pun terpaksalah menjadi ‘baby sitter’ paling handsome pernah ada dalam muka bumi ini. Hahaha. Menjaga anak jiran dan juga bergurau senda dengan anak buah aku yang sememangnya tidak boleh melihat kelibat aku di rumah. Mengekor saja kerjanya. Hahaha.

Berbekalakan muka aku dan bakat aku bak bapa mithali, aku begitu senang menjaga semua kanak-kanak itu (Ciri-ciri menantu pilihan penduduk kampung) Hahaha. Jadi ada yang nak hantar anaknya untuk aku jaga?

Yang besar ni aku tak jaga

Selain itu juga, aku bantulah sikit emak aku menghias rumah aku. Hahaha. Tapi aku sentuh bilik aku sajalah. Haha. Adalah sedikit keceriaan dalam rumah aku sempena aidilfitri ini. Cewah, tapi bilik aku bila tengok balik dah macam bilik orang yang dah kahwin. Haha.  Buktinya, gambar dekat bawah. Ditambah ruang tamu yang dipenuhi piala aku dan abang aku. Haha.

Rumah kampung saja

Jadi seminggu awal percutian aku dihabiskan begitu sahaja. Nak membeli belah, tidak ada kawan. Lagipun aku dah siap membeli semua barang ketika di UKM lagi. Hehehe.

Seterusnya hari ‘mantai’. Ada yang tidak tahu istilah ini? Mantai adalah hari sebelum hari raya. Biasanya pada hari ini, semua orang begitu sibuk. Menyiapkan juadah raya, menyiapkan rumah dan sebagainya. Aku?

Aku pada setiap tahun akan membuat lemang. Menumpang sekali dengan rumah nenek angkat aku. Hehehe. Maklumlah, cucu angkat paling rajin dekat situ. Senang saja buat lemang. Dah dekat 7 tahun aku buat lemang ni. Hehehe. Nenek dan makcik kampung aku semua dah kenal aku pembuat lemang (Kredit untuk jadi menantu).Hahaha. Kadangkala aku jual dekat makcik dan nenek ni semua, semua bergantung pada bilangan buluh yang dapat dicari.

bahan

tiba-tiba ada nasi goreng

Nasi goreng tu ada kisahnya. Diwaktu aku sedang sibuk buat lemang, cucu sebenar nenek angkat aku masakkan nasi goreng untuk anaknya. Punyalah banyak dia masak. Rupanya untuk bapak dia makan sekali. Opssss. Aku masih lagi mempunyai ketebalan iman untuk bertahan. Maka pada hari itu, hanya aku dan nenek angkat aku saja yang puasa. Hahaha.

Bila siang dah bertungkus lumus, malamnya seperti tradisi tempat tinggal aku. Sememangnya akan diadakan takbir rumah ke rumah sekitar. Siap buat tiga kumpulan untuk dipecahkan ke 3 kawasan berbeza. Kalau tidak jawabnya sampai esok pagi tidak habis. Seperti biasa, aku ikut kumpulan yang melalui rumah aku.

Seperti biasa, akibat daripada golongan orang tua yang semakin sikit, maka golongan remaja dan muda seperti aku haruslah memikul tugas. Kenalah menjadi ketua untuk bertakbir. Hehehe. Kebolehan yang ada jangan dipersia. Naib johan takbir ketika aku di sekolah menengah (kalah dengan vokalis nasyid) aku gunakan sebaiknya. Hehehe. (Pergh, kredit lagi untuk jadi menantu)

makan

Namun tugas ini aku bergilir dengan pakcik lain yang juga ingin menyumbangkan suara mereka. Haha. Mana boleh aku seorang diri, sakit tekak aku nanti. Haha. Tiap kali lepas takbir, makan dan lepas tu dapat duit raya. Tidak kira yang besar mahupun kanak-kanak semuanya dapat. Kalau jadi ketua, biasanya dapat lebih sikit. Hehehe.

Di kala bertakbir tu sempatlah juga ambil beberapa keping gambar bersama rakan. Hehehe. Semua nak exposed dalam blog aku. Haha(tapi diorang tak tahu aku buat blog)

tiba-tiba ada budak kecil

Oklah, itu saja aku nak cerita untuk edisi puasa. Nanti aku masukkan entry pasal raya. tapi raya tahun ni macam tak best sikit. Gambarpun aku tak sempat nak ambil. Hahaha. Tunggu edisi yang akan datang. Bye, chow

Advertisement

6 Respons

  1. hrmm kesimpulannya,ko gila nak kawin.hahaha.promote kat mak mertua memanjang menunjukkan secara jelas, gadis2 taknak kat ko, jadi ko tackle mak diorang ishk ishk ishk

  2. macam desperate suh orang amik ko jadi menantu jek… hahahahahhaha

  3. Paan & Pjoyz >>> Aku nak kahwin. Yayyyyyyyyy

  4. nuar kalu dah kawin jangan lupe.. hahahahaha sayangi isteri dan anak anda sepenuhnya gitew… (sape nak nuar jadi menantu ek???)

  5. tangan sape yang tgh parut kelapa tu?uhuk3x…aku pun nak pesan mcm bdk epal, kalau dh kawin jaga isteri dgn anak baik2, jgn main belakang, hahahaha…

  6. epal & hazri >>> Insyaallah, kalo sudah smpai serunya aku akan jaga dan belai isteri dan anakku ngan baik. Tapi orang kate, JANGAN TEGUR (filem baru)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: