BALIK RUMAH RAYA

Hujung minggu yang lalu, aku berkesempatan (buat2 sempat jer) untuk pulang ke rumah sekali lagi. Khas untuk berjumpa dengan abang aku yang sekarang bertugas di Alor Star Kedah.( Maklumlah, setahun tidak bersua muka, hanya handphone menjadi penghubung 2 beradik di perantauan ini (Cewah)

Walaupun abang aku adakalanya singgah di KL untuk pertandingan Ragbi dan sebagainya, tapi tetap tidak berkesempatan untuk bersua. Makanya, bila berjumpa seharusnya berborak panjanglah aku dan dia. Ditambah pula anak saudara aku yang kini belajar di Alor Gajah Melaka pulang ke rumah aku.

Sebagai adik yang memang sangat menyayangi abangnya, maka aku tidak melepaskan peluang mengadu domba segala rasa hati kepadanya. Wakaka. Dari permintaan untuk memiliki kenderaan sendiri sehingga kepada kehidupan masa depan kami. (Boleh cerita siapa nak kahwin dulu)

Makanya, bergembiralah mak aku bila kedua-dua anak bujangnya (handsome giler) pulang ke rumah. Tidaklah kesunyian tatkala malam menjelang. Juga terkenyanglah dia kerana anaknya begitu suka membeli makanan untuk disumbat dalam peti sejuk. Hahaha.

Bila diamati dengan teliti, rupanya wajah anak saudara aku ini seiras wajah abang aku. Aku pula seiras dengan wajah anak saudara aku yang lain (abg kepada anak saudara aku yang seiras wajah dengan abang aku) Berbelitnya cerita. Hahaha. Semuanya bermula sejak di kampung dulu lagi, ditegur lagi oleh nenek angkat aku juga yang selalu terkeliru (background lagu ajai dan nurul)

Jadi hujung minggu yang lalu dapat menghabiskan masa bersama abang dan juga anak saudara aku itu memang menyenangkan hati dan perasaan aku sendiri. Mungkin sudah lama bersedih dan kurang kasih sayang (poyo betul). Hahaha.

Pulang ke UKM, aku merempit motor jiran aku sebab dia nak bawa motor ke kolejnya. Jadi walaupun tanpa lesan motorsikal aku redahkan jua perjalanan dari rumah ke Bangi. Sekejap pun, 1 jam 10 minit. Hehehe.

Oklah, aku nak sambung buat kerja yang berlambak. Malam latihan debat pula. Es-em-es? Hanya tinggal kenangan tatkala semua kesibukan.