TATKALA TUN M. BERBICARA

Tatkala semua mahasiswa UKM (mungkinlah) sedang berpusu-pusu ke Dewan Anwar Mahmud untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Tun M dan ramai panel yang lain, aku pula masih di bilik menyiapkan segala tugasan yang berbaki.

Namun, masa yang ada sedikit sementara menunggu waktu Isya’ masuk, aku menulis sedikit coretan untuk tatapan bersama terutamanya rakan tersayang yang sangat suka mengeji aku ( Paan )

Aku mulakan terlebih dahulu dengan pencapaian UKM di debat kepenggunaan. Namaknya, rezeki masih lagi tidak berpihak kepada kami. Ditambah dengan usaha yang perlu untuk dipertingkatkan untuk mencapai kejayaan. Sekalung tahniah kepada adik-adik sekalian yang telah berusaha. Rezeki datangnya dari ALLAH ( bukan sebab aku ada atau tidak ya PAAN )

Menyentuh tentang peningkatan yang dialami beberapa orang pendebat (aku tak nak sebut nama, nanti kembang) menyebabkan aku rasa untuk berubah sama dan INSYAALLAH mencapai kejayaan. Namun kita hanya berusaha, ALLAH yang menentukan segalanya ( bukan sebab aku ada atau tidak ya PAAN )

Ucapan tahniah aku hulurkan untuk beberapa individu.

  1. Shukri – Kerana gigih memenuhi kehendak semua pendebat (yang banyak songeh ) Berjalan satu MMU mamat ni. Menjadi urusetia dan pendebat bukan satu kerja yang mudah. Tengok dak MYER dan NAZWAN, tak mampu nak buat. Opppssss. Maaf
  2. Pasukan UPM terutama buat teman rapat Ameer dan kekasih gelapku Syam yang telah berjaya ke pentas final buat pertama kali. Walaupun hanya bergelar Naib Johan, anggaplah ianya sebagai satu batu loncatan untuk berjaya (bukan hanya berada di tangga ke sembilan, macam PAAN) Hahahaha
  3. Buat adik-adik pendebat UKM yang sentiasa berusaha untuk berjaya, tidak mengapalah cuba lagi di lain kali. Perjuangan ini masih panjang.
  4. Buat Kak Mai yang menjadi sumber inspirasi saya  Abg Ali Asyraf. (tak ada kaitan dengan PAAN)
  5. Buat Kak Mina yang gigih berusaha datang ke MMU dan menghiburkan hati kami semua, serat membawa bekalan makanan dari rumah terbuka En. H, Abg Bob dan Abg Topec yang sedap gila. (bukan gila macam PAAN)

Sekarang aku selitkan beberapa keping gambar untuk semua jadikan tatapan. Bukan macam PAAN minta gambar dekat USHER (sebenarnya nak mengurat).

Jangan pandang belakang… Shukri

 

Best makanan ni semua

 

Kontinjen UKM

 

p/s : Aku dah rasa macam aku terlalu banyak menyebut nama PAAN di dalam ini. Semuanya hanyalah untuk menunjukkan betapa kejinya engkau. Hahaha.