AKU KEMBALI

Setelah mungkin beberapa hari ini agak terganggu emosi akibat memikirkan beberapa masalah yang tidak sepatutnya kau fikirkan, maka aku yang bernama ANUAR telah kembali kepada ANUAR yang dulu.

Tentang semua masalah, mari aku buangkan kesemua masalah itu semua. Tidak ada kena mengena pun dengan aku. Kalau mereka nak fitnah aku, silakan. Aku ada ALLAH yang sentiasa mengetahui segalanya. Kalau mereka ingin menuduh, silakan. Aku sentiasa berdoa agar kamu semua beroleh ‘Hidayah’ darinya.

Bak kata SYAM, jangan biarkan ‘Hidayah’ pergi meninggalkan kita, takut nanti suatu masa kita tidak akan bertemu lagi dengan ‘Hidaya’ itu lagi. Terima kasih SYAM, sudi layan perasaan aku semalam. Hehehe. Anyway, tahniah kepada SYAM, sebab dapat kereta kenari baru warna merah nanti (sebab tak ada lesen lagi). Boleh bawa aku jalan-jalan. Yay.

Tidak dilupakan kepada kawan-kawan aku yang sentiasa memahami keadaan aku dan sentiasa menyokong aku dari belakang. Bagi yang mengeji, aku ucapkan terima kasih jugalah, sebab menceriakan hidup aku dan melatih aku untuk membidas. Hahaha.

Aku sekarang sedang belajar untuk exam, so kepada semua rakan-rakan selamat belajaralah. Kita mesti teruskan usaha walau 1001 masalah datang menghentam kita. Semua itu dugaan untuk kita terus berjaya. Semoga impian dan cita kita boleh menjadi kenyataan.

p/s : Marilah kita berdoa semua, agar yang benar akan terbentang jua, dan yang batil itu akan terpadam segalanya. Semoga yang benar beroleh rahmat dan yang tidak itu beroleh kesedaran dariNya. Amin.