KOSOVO
SUBPRIMA
BRETTON WOODS
SUKAN
BAHASA MELAYU
MEDIA
Anda tahu apa yang sedang aku lakukan…
Filed under: Hidup | 1 Comment »
KOSOVO
SUBPRIMA
BRETTON WOODS
SUKAN
BAHASA MELAYU
MEDIA
Anda tahu apa yang sedang aku lakukan…
Filed under: Hidup | 1 Comment »
Terjadi lagi?
Mengapa mesti terjadi lagi?
Bolehkan perkara ini tidak terjadi lagi?
Bolehkah aku bertahan dari perkara yang terjadi lagi ini?
Maka aku perlukan langkah yang sama atas kejadian yang terjadi lagi!!!
Segalanya pasti akan terjadi lagi.
Filed under: Hidup | 7 Comments »
Ini bukan kisah kemerdekaan Malaysia seperti dahulu kala. Ini bukan kisah seorang hamba yang merdeka dari tuannya, tapi hanyalah kisah merdekanya seorang Insan Kerdil dari sebuah perjuangan mental yang menyesakkan jiwa di kala dirinya dihujani dengan pelbagai tekanan dan dugaan. Intro maut dah.
Hahaha. Aku dah selesai pun menghadapi keseluruhan kertas peperiksaan akhir bagi semester 1 tahun ke 3 pengajian aku di UKM ini. Aku agak lewat habis peperiksaan, walaupun pelbagai ungkapan seperti ‘serikandi berjaya menakluk perjuangan menuntut kemerdekaan (Kak Daa), rasa macam Tunku Abdul Rahman ada dekat sebelah ketika menjerit merdeka3X (Asri)’ dan sebagainya. Apakah ini semua?Hahaha
Secara keseluruhannya edisi kali ini agak sesak nafas juga nak menjawab semua kertas ni. bermula dengan kertas matematik pastinya permulaan yang agak sedikit kurang baik. Hahaha. Adoii, walaupun berjaya menjawab semuanya, namun …
Diteruskan lagi dengan kertas peperiksaan matematik lagi, maka segalanya bak ada batu di atas batu jemala patik, eh bukan batu di atas kepala yang menyebabkan aku begitu kecewa dengan kertas ini. Adoii, susah gila sampai tidak mampu aku berfikir dengan rasionalnya. Hahaha.
Selepas itu, kononnya kertas kegemaran aku untuk subjek fizik menjelma. Namun, bak semuanya tidak kena, soalan yang keluar begitu tidak terjangkau dek fikiran (dah macam lagu Elyana, tak tercapai akalmu) Sekali lagi aku meratapi kesukaran kertas tersebut. Sedih gila.
Kemudian subjek untuk fakulti. Semua orang diberikan hint dan petunjuk serta ‘clue’ untuk peperiksaan akhir, tapi rupanya tertipu kerana ianya adalah ‘clue’ untuk pelajar-pelajar yang mengambil kertas tersebut dalam bahasa melayu (aku belajar subjek fakulti dalam bi). Adoi sekali lagi aku melukut di tepi gantanglah jawabnya (sesuai ke guna untuk pernyataan ini?, lantak)
Kertas ke2 terakhir adalah subjek yang paling aku takuti sebab langsung tak faham apa yang diajar.(masuk kelas lewat siap boleh makan-makan). Namun seperti biasalah, tidak ada apa yang berubah. Begitu jugalah jawabnya. Hahaha. Tapi jawab semua ok tak tinggal pun. Betul atau tak, belakang cerita. Hahaha
Maka tadi hadirlah kertas yang dinanti-nantikan (bukan sebab senang, tapi sebab kertas terakhir). yang menankjubkan, untuk kertas terakhir ini, aku duduk di temapt paling belakang betul-betul di tengah dewan itu. Hahaha. Maka luas sungguh pemandangan aku di dalam dewan peperiksaan. Hahaha. Jawapan, bolehlah jawab semua dengan senang hati. Hehehe
Maka secara keseluruhannya, sedih jugalah exam kali ini. Susah dan tak terjangka. Ditambah dugaan yang mendatang secara berterusan dan banyaknya bak cendawan tumbuh selepas hujan, tertekan aku. Hahaha. Walau apa pun aku tetap gembira. Bak kata Puteri dalam sitkomnya, ‘hidup mesti enjoy’
Oklah, aku tengah tunggu orang datang ni. Dah berjanji. Hehehe. Agenda seterusnya adalah debat di raja. Yay, (usul bapak susah ok.)
Oklah, ada masa aku menulis lagi ok.
Filed under: Aku | 3 Comments »
Chaiyokkk untuk aku sikit. Hahaha. Aku ada 4 lagi kertas peperiksaan yang perlu untuk diharungi. Adoiii, penat betul nak study ( tapi main game ok saja ). Ada kertas Litar Elektrik, Kepelbagaian pelajar, Mekanik dan juga Pengukuran dan Penilaian. ( Hari Khamis, jumaat, Isnin dan juga Khamis minggu depan ).
Sekarang ni aku masih lagi gigih menatap buku, walaupun kawan-kawan aku dari UPM, UNITEN dah habis exam. Uwaa, bestnya dapat melagho dan berlatih debat. Hahaha. Aku rasa nak balik rumah, sebab rindu emak dan nak keluar dari UKM ni untuk menghilangkan tekanan.
Mulai dari hari ini, aku dah tidak akan melayan sebarang anasir luar yang mengkritik dan menghina aku dalam blog ini ( dahlah tak berani depan-depan ). Aku akan buat bodoh saja ya. Aku nak bergembira dengan kehidupan aku yang aman dan bahagia seperti dulu. Yayyy. ‘I just want my life back’ (ayat dalam drama. hahaha)
Oklah, aku nak sambung study sikit, bila habis exam nanti aku update kay. Tunggukan coretan lagho aku 20 @ 21 haribulan nanti. Hahaha.
p/s : Kita sepatutnya mendoakan dan menasihati sesama insan. Bukan mengkritik manusia dengan cara yang tidak beradab ( contohnya : Kasar, Tidak berani berdepan dan tidak ikhlas memberi nasihat ). Renung2kan dan selamat merenung…
Filed under: Hidup | 11 Comments »
Dalam kesibukan aku menghadapi peperiksaan akhir, aku masih lagi sempat menyertai satu aktiviti kebajikan sebuah syarikat (dia kata jangan bagitahu nama, motif???) di sebuah rumah kebajikan di daerah Behrang Selangor. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan melalui lebuhraya utara-selatan tidak dirasai kerana konvoi berkereta sebanyak 11 buah kereta (Ada naik kerata integra, celica, waja, aeroback, kia dan etc.)
Orang yang pergi semuanya adalah mereka yang terlibat dalam sebuah perniagaan (aku pula baru nak diperkenalkan) Jadi secara lumrah alamnya aku akan menjadi seorang yang tidak pandai berborak (sebab diorang borak pasal bisnes tu) Aku hanya bercakap bila ditanya. Hahaha(Mesti semua orang tak percayakan?)
Sesampainya kami di sana lebih kurang jam 1 petang, terus bersiap untuk solat dahulu sebelum makan tengahari (perut bukan setakat berkeroncong, danh bergendang pun). Namun masuk sahaja aku ke bilik air dan tempat wudu’ alangkah sedihnya aku melihat bangunan itu. Menyedihkan dan amat tidak sesuai untuk penggunaan kanak-kanak yang masih belajar.
Menurut cerita seorang rakan, kanak-kanak di situ, jika ada yang sakit pasti hampir keseluruhannya sakit. Bila merujuk keadaaan sekeliling aku mengerti, mengapa. Sedih melihat kanak-kanak yang tidak beribu dan berbapa itu tidak pula mendapat tempat yang selesa buat mereka. Menangis? Biarlah di dalam hati mengenang nasib mereka. Kita? Patut bersyukur dengan apa yang kita ada.
Inilah kawasan mereka tinggal
Bila semua selesai makan, macam biasalah acara untuk menghiburkan hati kanak-kanak itu semua. Dan seperti biasa, bila ada aktiviti kita mesti akan bahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada satu yang aku perhatikan, kanak-kanak di sini dididik supaya langsung tidak bercampur antara pelajar perempuan dan lelaki (maksud aku sekurang-kurangnya berkomunikasi asas)
Cuba bayangkan, dek kerana ekstrem gila diajar sebegitu rupa, sehinggakan aku sebagai Abg ‘Fasi’ pun tidak dapat untuk bertanyakan nama budak perempuan (Aktiviti ice breaking, bukan mengurat). Bila ada ‘fasa’ perempuan yang tanya jawab pula. Adoiii. Sangatlah terkejut aku( Susah nak buat aktiviti kalau macam ni, membuat judgement pertama)
Semua orang diberikan Abg dan Akak ‘Fasi’ Masing-masing. Jadi bila dah mula kenal dan sebagaianya barulah aktiviti lain bermula. Sedikit demi sedikit kanak-kanak ini mengeluarkan bakat dan kebolehan masing-masing. Semuanya hasil usaha “fasi’ yang telah dilakukan untuk mendekati kanak-kanak ini. Adik-adik kumpulan aku juga dah mula aktif macam abg Nua dan Abg SUrej Dia. Hahaha.
Semua diberikan kumpulan
Macam-macam aktiviti kitorang buat. Dari main ‘Bom, Bom’, menari ‘chicken dance’ (kegemaran catherine), ‘Cheer’ nama ‘group’ ( kumpulan aku namanya Biawak. Semua nama binatang) Yang part paling best, tanpa disedari ada kanak-kanak yang berbakat buat ‘Shuffle'(sejenis tarian ala2 kaki bergerak dengan smoothnya diatas lantai) Budak ni, pantang dengar lagu rancak terus dibuatnya tarian tu. Part yang paling best, bila rupanya bukan lelaki saja boleh buat, budak perempuan pun boelh buat juga. Gempak!!!
Jom menari semua
Dekat bawah ni pula aku adalah masukkan sedikit gambar kenangan aku bersama adik itu semua. Mereka ni semua, bila dah lepas minum petang barulah semuanya aktif dan tak malu-malu lagi. Mungkin kerana mereka merasakan kekurangan yang mereka ada menyebabkan tak nak bergaul dengan orang luar. Namun atas kasih syaang yang kami tunjukkan, maka barulah mereka selesa bersama kitorang semua. Hahaha.
Ayooo, siap tidur dah budak comel ni
Akhirnya, magrib pun menjelma. Selesai solat magrib, kami bersedia untuk pulang. Namun sebelum tu, seperti biasa sesi bergambar bersama. Ni lah gambarnya.
Ramainya
Selesai program semua pun pulang kembali ke tempat masng. Seribu satu kenangan dapat diperolehi. Segala kesedihan dan kekurangan mereka juga dapat kami rasai. Kepenatan yang kami dapat juga aku kira sangat berbaloi. Aku terlupa seketika dengan segala masalah yang aku sedang hadapi. Dari kertas peperiksaan yang tidak terjangka kesusahannya, dan masalah yang lain.
Alangkah tenangnya minda ku dapat menikmati udara segar kampung, bermain dengan girang bersama kanak-kanak dan juga melempiaskan nafsu keanak-anakan aku. Hahahaha. Semuanya mengingatkan kembali aku kepada zaman kanak-kanak. Semoga apa yang aku peroleh di sana menjadikan aku lebih kuat dan tenang.
Oklah, masa untuk study pula. Bye!!!
Filed under: Hidup | 7 Comments »