NUAR & CO PRIVATE INVESTIGATOR

Tajuk tidak ada kena mengena  dengan permulaan entry ini. Hahahaha

Aku baru sudah menghadapi dua kertas peperiksaan matematik yang agak sukar lebih-lebih lagi kertas KAEDAH BERANGKA. Soalan yang tidak terjangka dan semua rakanku mengeluh (kalau diorang mengeluh, aku apatah lagi). REDHA… Satu lagi kertas Statistik II.

Kertas yang seterusnya adalah seminggu dari sekarang. Jadi dengan sedikit renggang masa yang ada aku menulislah sedikit entry buat semua. Ada banyak benda yang terjadi kepada aku sepanjang minggu ini. Sedih, hiba, suka dan duka memang menjadi rencah. Namun semuanya aku hadapi dengan sedikit senyuman.

Jadi dek kerana ada masa-masa aku peruntukan, maka terciptalah satu impian dan angan-angan. Membuka syarikat penyiasatan persendirian. Hahaha.

Semalam tercetusnya idea ini untuk membina sebuah firma penyiasatan bagi menyelongkar setiap masalah yang aku hadapi. Hahahaha. Aku tuan punya firma dibantu oleh setiausaha Amira Suriati (siap letak nama penuh)

Ada 1 kes telah pun terbukti benar. Hahaha.  Lepas itu ada lagi, yang ini aku siasat sendiri. Malas nak libatkan s/u. Hahaha. Biarlah aku meyiasat siapakah MR. MUDDLE yang memberi komen ‘bernas’ kepada aku sebelum ini.(walaupun komen tak ada kena mengena dengan entry)

Menurut komennya, dia tidak faham bagaimana aku boleh menjadi pendebat.(adakah dia nak kata aku memang tak sesuai jadi pendebat atau mengutuk aku pendebat yang bodoh berdebat, mungkin dia hebat kot) Aku memanglah tidak hebat, tapi ‘bolehlah’ melakukan kerja-kerja menyingkap dan mengungkap setiap perkara untuk dianalisis kemudian diakhirnya aku akan mendapat resolusi siapakah MR. MUDDLE. (melakssanakan tugas sebagai orang ketiga)Tambahan, dia juga begitu tidak faham dengan tindakan aku menenangkan diri aku sendiri.(Katanya tidak rasional kerana aku yang marah kemudian aku yang tenangkan diri sendiri) Satu persoalan untuk semua, kalau bukan kita tenangkan diri kita, siapa lagi ek?.Aku rasa semua ada jawapannya. Biar aku mulakan analisis begini.

Pertama, aku menilai gaya bahasa yang digunakan dalam komen tersebut. Maka aku jumpa 2 frasa ‘yang macam pernah kudengar’. Frasa pertama adalah frasa “Kalau la…” dan juga frasa “JIJIK LAH” (aku siap boleh bayangkan gaya frasa itu disebut dengan gerak tangan, nada suara dan bahasa badannya. Maka aku dapat tahu siapakah itu. Mungkin tidak cukup kata anda, mari kita tambahkan fakta kes.

Tidak cukup dengan itu, tahukah anda setiap komen yang anda hantar kepada saya mempunyai IP Address. Maka setelah meninjau kembali, tahukah anda (pergh banyak kali guna ni) saya dapat melihat bagaimana pangkal IP Address itu sama dengan saya. Ini bermakna MR. MUDDLE merupakan seorang yang tinggal satu kawasan dengan saya. Maka saya tahu siapa MR. MUDDLE.

Ada lagi sebenarnya, tapi malas nak letak dan bagitahu, kantoi pula nanti. Sebab, atas nasihat seorang sahabat yang bernama KAK DAA, beliau menasihati agar setiap perkara itu tidak kita hebohkan dan beritahu kepada khalayak. Maka saya dengan rasa tenangnya merahsiakan nama sebenar MR. MUDDLE. Biarlah hanya ALLAH, saya dan dia yang mengetahuinya. Jika ikutkan hati, semua orang dah tahu siapa kah MR. MUDDLE.

Selesai analisis kita masuk kesesi penggulungan, saya akan ceritakan bahawa saya bukanlah seorang pendebat yang hebat tapi cukuplah sekadar melaksanakan tanggungjawab dan peranannya. Maka saya dapatlah simpulkan, saya tahu siapa ANDA (MR. MUDDLE) Namun tidak mengapa, saya dengan rasa rendah diri, memohon maaf kepada MR. MUDDLE jika ada terkasar bahasa, tersentuh hati sensitifmu dan sebagainya (setahu aku tidak). Bukan berlagak baik, namun malas nak kecohkan keadaan.

p/s : Harapnya tidaklah ada lagi tulisan-tulisan komen sumbang dalam blog aku. Aku pun dah malas nak menulis gaya ala-ala debat. Hahaha. Oklah, adios amigos sontos.