YAYASAN KEBAJIKAN KEMISKINAN JAMBO SAKTI

Dalam kesibukan aku menghadapi peperiksaan akhir, aku masih lagi sempat menyertai satu aktiviti kebajikan sebuah syarikat (dia kata jangan bagitahu nama, motif???) di sebuah rumah kebajikan di daerah Behrang Selangor. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan melalui lebuhraya utara-selatan tidak dirasai kerana konvoi berkereta sebanyak 11 buah kereta (Ada naik kerata integra, celica, waja, aeroback, kia dan etc.)

Orang yang pergi semuanya adalah mereka yang terlibat dalam sebuah perniagaan (aku pula baru nak diperkenalkan) Jadi secara lumrah alamnya aku akan menjadi seorang yang tidak pandai berborak (sebab diorang borak pasal bisnes tu) Aku hanya bercakap bila ditanya. Hahaha(Mesti semua orang tak percayakan?)

Sesampainya kami di sana lebih kurang jam 1 petang, terus bersiap untuk solat dahulu sebelum makan tengahari (perut bukan setakat berkeroncong, danh bergendang pun). Namun masuk sahaja aku ke bilik air dan tempat wudu’ alangkah sedihnya aku melihat bangunan itu. Menyedihkan dan amat tidak sesuai untuk penggunaan kanak-kanak yang masih belajar. 

Menurut cerita seorang rakan, kanak-kanak di situ, jika ada yang sakit pasti hampir keseluruhannya sakit. Bila merujuk keadaaan sekeliling aku mengerti, mengapa. Sedih melihat kanak-kanak yang tidak beribu dan berbapa itu tidak pula mendapat tempat yang selesa buat mereka. Menangis? Biarlah di dalam hati mengenang nasib mereka. Kita? Patut bersyukur dengan apa yang kita ada. 

g11

Inilah kawasan mereka tinggal

Bila semua selesai makan, macam biasalah acara untuk menghiburkan hati kanak-kanak itu semua. Dan seperti biasa, bila ada aktiviti kita mesti akan bahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada satu yang aku perhatikan, kanak-kanak di sini dididik supaya langsung tidak bercampur antara pelajar perempuan dan lelaki (maksud aku sekurang-kurangnya berkomunikasi asas)

Cuba bayangkan, dek kerana ekstrem gila diajar sebegitu rupa, sehinggakan aku sebagai Abg ‘Fasi’ pun tidak dapat untuk bertanyakan nama budak perempuan (Aktiviti ice breaking, bukan mengurat). Bila ada ‘fasa’ perempuan yang tanya jawab pula. Adoiii. Sangatlah terkejut aku( Susah nak buat aktiviti kalau macam ni, membuat judgement pertama)

Semua orang diberikan Abg dan Akak ‘Fasi’ Masing-masing. Jadi bila dah mula kenal dan sebagaianya barulah aktiviti lain bermula. Sedikit demi sedikit kanak-kanak ini mengeluarkan bakat dan kebolehan masing-masing. Semuanya hasil usaha “fasi’ yang telah dilakukan untuk mendekati kanak-kanak ini. Adik-adik kumpulan aku juga dah mula aktif macam abg Nua dan Abg SUrej Dia. Hahaha. 

g21

Semua diberikan kumpulan

Macam-macam aktiviti kitorang buat. Dari main ‘Bom, Bom’, menari ‘chicken dance’ (kegemaran catherine), ‘Cheer’ nama ‘group’ ( kumpulan aku namanya Biawak. Semua nama binatang) Yang part paling best, tanpa disedari ada kanak-kanak yang berbakat buat ‘Shuffle'(sejenis tarian ala2 kaki bergerak dengan smoothnya diatas lantai) Budak ni, pantang dengar lagu rancak terus dibuatnya tarian tu. Part yang paling best, bila rupanya bukan lelaki saja boleh buat, budak perempuan pun boelh buat juga. Gempak!!!

g4

Jom menari semua

Dekat bawah ni pula aku adalah masukkan sedikit gambar kenangan aku bersama adik itu semua. Mereka ni semua, bila dah lepas minum petang barulah semuanya aktif dan tak malu-malu lagi. Mungkin kerana mereka merasakan kekurangan yang mereka ada menyebabkan tak nak bergaul dengan orang luar. Namun atas kasih syaang yang kami tunjukkan, maka barulah mereka selesa bersama kitorang semua. Hahaha.

g3

Ayooo, siap tidur dah budak comel ni

Akhirnya, magrib pun menjelma. Selesai solat magrib, kami bersedia untuk pulang. Namun sebelum tu, seperti biasa sesi bergambar bersama. Ni lah gambarnya.

g5

 Ramainya

Selesai program semua pun pulang kembali ke tempat masng. Seribu satu kenangan dapat diperolehi. Segala kesedihan dan kekurangan mereka juga dapat kami rasai. Kepenatan yang kami dapat juga aku kira sangat berbaloi. Aku terlupa seketika dengan segala masalah yang aku sedang hadapi. Dari kertas peperiksaan yang tidak terjangka kesusahannya, dan masalah yang lain.

Alangkah tenangnya minda ku dapat menikmati udara segar kampung, bermain dengan girang bersama kanak-kanak dan juga melempiaskan nafsu keanak-anakan aku. Hahahaha. Semuanya mengingatkan kembali aku kepada zaman kanak-kanak. Semoga apa yang aku peroleh di sana menjadikan aku lebih kuat dan tenang.

Oklah, masa untuk study pula. Bye!!!