2 DOWN 4 MORE TO GO

Chaiyokkk untuk aku sikit. Hahaha. Aku ada 4 lagi kertas peperiksaan yang perlu untuk diharungi. Adoiii, penat betul nak study ( tapi main game ok saja ). Ada kertas Litar Elektrik, Kepelbagaian pelajar, Mekanik dan juga Pengukuran dan Penilaian. ( Hari Khamis, jumaat, Isnin dan juga Khamis minggu depan ).

Sekarang ni aku masih lagi gigih menatap buku, walaupun kawan-kawan aku dari UPM, UNITEN dah habis exam. Uwaa, bestnya dapat melagho dan berlatih debat. Hahaha. Aku rasa nak balik rumah, sebab rindu emak dan nak keluar dari UKM ni untuk menghilangkan tekanan.

Mulai dari hari ini, aku dah tidak akan melayan sebarang anasir luar yang mengkritik dan menghina aku dalam blog ini ( dahlah tak berani depan-depan ). Aku akan buat bodoh saja ya. Aku nak bergembira dengan kehidupan aku yang aman dan bahagia seperti dulu. Yayyy. ‘I just want my life back’ (ayat dalam drama. hahaha)

Oklah, aku nak sambung study sikit, bila habis exam nanti aku update kay. Tunggukan coretan lagho aku 20 @ 21 haribulan nanti. Hahaha.

p/s : Kita sepatutnya mendoakan dan menasihati sesama insan. Bukan mengkritik manusia dengan cara yang tidak beradab ( contohnya : Kasar, Tidak berani berdepan dan tidak ikhlas memberi nasihat ). Renung2kan dan selamat merenung…

Advertisement