Ini bukan kisah kemerdekaan Malaysia seperti dahulu kala. Ini bukan kisah seorang hamba yang merdeka dari tuannya, tapi hanyalah kisah merdekanya seorang Insan Kerdil dari sebuah perjuangan mental yang menyesakkan jiwa di kala dirinya dihujani dengan pelbagai tekanan dan dugaan. Intro maut dah.
Hahaha. Aku dah selesai pun menghadapi keseluruhan kertas peperiksaan akhir bagi semester 1 tahun ke 3 pengajian aku di UKM ini. Aku agak lewat habis peperiksaan, walaupun pelbagai ungkapan seperti ‘serikandi berjaya menakluk perjuangan menuntut kemerdekaan (Kak Daa), rasa macam Tunku Abdul Rahman ada dekat sebelah ketika menjerit merdeka3X (Asri)’ dan sebagainya. Apakah ini semua?Hahaha
Secara keseluruhannya edisi kali ini agak sesak nafas juga nak menjawab semua kertas ni. bermula dengan kertas matematik pastinya permulaan yang agak sedikit kurang baik. Hahaha. Adoii, walaupun berjaya menjawab semuanya, namun …
Diteruskan lagi dengan kertas peperiksaan matematik lagi, maka segalanya bak ada batu di atas batu jemala patik, eh bukan batu di atas kepala yang menyebabkan aku begitu kecewa dengan kertas ini. Adoii, susah gila sampai tidak mampu aku berfikir dengan rasionalnya. Hahaha.
Selepas itu, kononnya kertas kegemaran aku untuk subjek fizik menjelma. Namun, bak semuanya tidak kena, soalan yang keluar begitu tidak terjangkau dek fikiran (dah macam lagu Elyana, tak tercapai akalmu) Sekali lagi aku meratapi kesukaran kertas tersebut. Sedih gila.
Kemudian subjek untuk fakulti. Semua orang diberikan hint dan petunjuk serta ‘clue’ untuk peperiksaan akhir, tapi rupanya tertipu kerana ianya adalah ‘clue’ untuk pelajar-pelajar yang mengambil kertas tersebut dalam bahasa melayu (aku belajar subjek fakulti dalam bi). Adoi sekali lagi aku melukut di tepi gantanglah jawabnya (sesuai ke guna untuk pernyataan ini?, lantak)
Kertas ke2 terakhir adalah subjek yang paling aku takuti sebab langsung tak faham apa yang diajar.(masuk kelas lewat siap boleh makan-makan). Namun seperti biasalah, tidak ada apa yang berubah. Begitu jugalah jawabnya. Hahaha. Tapi jawab semua ok tak tinggal pun. Betul atau tak, belakang cerita. Hahaha
Maka tadi hadirlah kertas yang dinanti-nantikan (bukan sebab senang, tapi sebab kertas terakhir). yang menankjubkan, untuk kertas terakhir ini, aku duduk di temapt paling belakang betul-betul di tengah dewan itu. Hahaha. Maka luas sungguh pemandangan aku di dalam dewan peperiksaan. Hahaha. Jawapan, bolehlah jawab semua dengan senang hati. Hehehe
Maka secara keseluruhannya, sedih jugalah exam kali ini. Susah dan tak terjangka. Ditambah dugaan yang mendatang secara berterusan dan banyaknya bak cendawan tumbuh selepas hujan, tertekan aku. Hahaha. Walau apa pun aku tetap gembira. Bak kata Puteri dalam sitkomnya, ‘hidup mesti enjoy’
Oklah, aku tengah tunggu orang datang ni. Dah berjanji. Hehehe. Agenda seterusnya adalah debat di raja. Yay, (usul bapak susah ok.)
Oklah, ada masa aku menulis lagi ok.
Filed under: Aku | 3 Comments »