LAWATAN INTEGRASI ( 15/12/2008 )

Setelah semua peserta berkumpul di hotel pada hari sebelumnya, maka hari ini adalah waktu untuk bertolak ke Sarawak. Penerbangan yang sepatutnya pada jam 10 pagi telah ditunda ke pukul 11 pagi. Namun semua itu tidak menjejaskan mood aku nak pergi bercuti (walaupun ala-ala budak sekolah kena beratur dan sebagainya) Hahaha.

dsc01378

Sebelum nak check in barang

Sesampai saja di Kuching kami disambut dengan ‘banner’ yang telah disediakan oleh pihak JPNIN Sarawak (rasa macam VIP tu) Kami dibawa ke Hotel Grand Continental untuk penginapan. Aku sepatutnya sebilik dengan Fairus Jaidi, namun dia tak dapat join sakit masuk IJN (mari kita doakan dia semoga cepat sembuh) Maka saudara Nizamudin (Mont) dengan cepatnya nak sebilik dengan aku (x nak sebilik dengan budak-budak sekolah, hahaha)

Lepas check ini terus ada taklimat. Adoi penat pun belum hilang. Tilam pun belum pans diduduki punggung aku. Hahaha. Ada taklimat lagi dari orang Sarawak pula. (Down, penat) Lepas taklimat ada sesi bicara minda (ilmiah gila nama program) tapi pengisiannya tentang perpaduan negara dan isu semasa (Yang penting sesi menyanyi dan menyumbangkan suara)

Habis sesi petang semua balik bilik bersiap untuk ke makan malam bersam Persatuan Siswazah Sarawak pula. Makan malam dekat ‘Tower City’. Makan sambil tengok bumi Kuching dilimpahi hujan (Pergh, tak nampak apa-apa langsung) Sesi makan-makan ni lah yang best.

dsc01380

Sebelum nak naik lif

 

dsc01383

Penghulu dan penghuluwati (Sepadan kan? opsss)

 

dsc01384

Aku, Kay dan Hafis (Khalis)

 

dsc01388

Ydp Persatuan Siswazah (Umur 61 masih boleh menyanyi)

 

dsc01390

Inilah aku yang sedikit membesar

 

Selesai makan malam semua pulang ke bilik masing-masing. Tapi kami 10 orang pelajar IPTA duduk mengadakan diskusi tentang seorang insan. Hahaha. Orangnya aneh sehinggakan kami perlu untuk membincangkan tentang beliau. Memang menjadi kenangan dalam lawatan ini. Hahaha.

Perkara lain :

  1. Penerbangan MAS yang mendarat di Kuching begitu kasar dan tidak sebaik Air Asia. Begitu juga dengan ruangan tempat duduk. Hahaha.
  2. Penat dan jadual pack sangat. Semuanya kena cepat. Terkadang macam budak sekolah rasanya.
  3. Hotel dekat Kuching best jugalah. Hotel putra dekat K.L pun ‘not bad’
  4. Budak-budak sekolah macam takut nak berborak dengan budak IPTA, mengapakah?
  5. Datin Fauziah memang vogue menyanyi tidak kurang juga Hafiz Hood. Hahaha
Advertisement

KEMBALI DARI BERCUTI DAN PERCUTIAN

Aku sudah kembali ke Bumi UKM ini. Banyak benda yang berlaku.

Keputusan peperiksaan? Seperti dahulu. Agak sedih, tapi itulah yang aku mampu. Buat rakan yang mengecap kejayaan tahniah buat anda semua. Merasa aku Pizza Hut dan McD percuma. Hahaha.

Latihan debat juga akan bermula. Persiapan untuk debat IKIM dan Integriti dan Astar untuk adik-adik pendebat. Pidato dunia aku tidak terlibat, jadi semoga berjayalah buat rakan yang masuk. Terutama ‘KEKASIH GELAPKU’ yang akan pergi sesi pemilihan. Semoga berjaya dan beroleh rezeki. Insyaallah.(Pjoyz, nantgi Syam menang kita minta dia hadiah yang tidak tunaikan lagi)

Semester baru? Agak meletihkan juga nanti, sebab banyak kelas pukul 8(yeke?jadula pun tak pasti). hahaha.

Tahun baru, sedikit perubahan mesti dilakukan. Hahaha. Apa yang aku nak ubah eh? Nantilah aku fikirkan semula.

Oklah, mulai esok aku akan cuba update benda-benda yang berlaku sepanjang cuti yang lalu. Hehehe. Banyak yang ingin dikongsikan bersama.

Baiklah, kepada semua rakan maya, selamat kembali ke alam maya setelah kita terlalu lama menyepi. hehehe. Tanpa gosip, hanjengan dan caci mencaci sesama kita hidup tidak bermakna. hahaha (melawak saja) Oklah, sekadar untuk memberitahu yang aku telah mula membuang sawang di blog ini.

copy-of-copy-of-pc020321

Gambar yang tak berapa nak terbaru. hahaha

CUTI DAN BERCUTI

Aku masih lagi dalam cuti dari menghadapi buku-buku yang memeningkan kepala. Sepanjang cuti aku hanya berada di rumah aku Tampin. hehehe. Hampir 10 hari aku terpisah dari alam maya dan hanya menggunakan telefon bimbit sebagai penghubung dengan rakan-rakan.

Hari ini aku baru tiba di UKM. Aku akan bercuti di Bumi Sarawak. Percutian yang ditanggung Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (ala-ala ikut program dia saja). Jadi aku tiba di UKM dahulu untuk semalam dan esok barulah ‘check in’ hotel putra di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Nasib ada sahabat yang sanggup menolong untuk menghantar aku.

Aku menumpang menginap dekat bilik Firdaus, teman debat aku (1st speaker team aku). Dia kena start semester awal. Ini pun aku baru selesaikan semua perkara. Penat sungguh rasa tubuh ini. Hahhaa. Tapi dek semangat bercuti yang menebal, maka aku tetap gigih.

Apa lagi ya aku nak tulis. Tak ada masa sebenarnya, aku malas dan kurang mood untuk menulis. Nantilah bila ada masa aku menulis lagi ya. Kalau tiada, tunggulah buka semester nanti kita berjumpa lagi.

Anyway, bulan ini adalah bulan lahir blog aku ini. Selamat ulang tahun pertama untuk Insan Kerdil di alam maya. Semoga ianya akan terus menjadi medan untuk aku meluahkan perasaan, berkongsi suka dan duka. Aku nak kek coklat. Yehaaa….

 

bezday-blog

PAHIT MANIS DEBAT DIRAJA KE-12 I

Tahniah buat pasukan ‘kekasih gelapku’ yang menjadi Johan debat diraja. Lama sudah kau menunggu, memang kejayaan milikmu. Kejayaan itu memang ditangguhkan buat dirimu. Semoga kau akan terus berjaya dan aku juga boleh berjaya seperti kau.

dsc013751

Gelap tak ‘kekasih gelapku’? Jangan marah ya Fara

Kepada Amir yang dapat ‘best speaker’ tahniah. Anda memnag layak unutk menerimanya. Segala usaha dan penat lelah berbaloi juga. Satu penghomatan tertinggi bila di pentas akhir. Strategi pembunuhan karakter yang dilakukan memnag menjadi.

dsc01374

Bila 2 orang 3rd speaker bergambar

Buat Ammar, anda adala pelengkap kepada pasukan ini. Tanpa anda, mereka juga tidak akan ke mana. Yang lain jangan terasa hati pula. Hahaha.

 

03122008753

Bila 2 orang yang comel bergambar. Hahaha

Pada Miss F, tahniah atas kejayaan best speaker final. Berusahalah untuk lebih berjaya dan jangan mudah putus asa. Takhta yang dirampas itu perlu digunakan sebaiknya. Jangan pandang belakang lagi, teruslah emnuju kehadapan.

dsc01365

Penyerahan takhta. Hahahaha

Buat Norlida, jangan terus menerus tatapi kekecewaan itu, ingatlah apa yang aku pesa itu. Sekurang-kurangnya anda berjaya ke pentas final itu. Berbanding orang lain yang tidak mempunyai rezeki seperti anda.

Buat adi Zulhuzaimy, tahniah buat anda. Teruskan usaha untuk berjaya. Naib Johan juga suatu kejayaan yang patut dibanggakan. Teruskan berlakon ok. Hahhaha

Buat pasukan USM pula (yang pinjam tie aku) tahniah buat anda semua. Kejayaan pasti akan jadi milik kita sekiranya ada usaha dari anda sendiri dan doa kepada yang berkuasa. Jangan lupa share 2% atas kemengan anda. Hehehehe.

Buat yang kurang bejaya seperti pasukan UKM, jangan mudah berputus asa. Mungkin rezeki itu masih ditangguhkan olehNya. Jadi kita kena terus berusaha untuk mendapatkannya. Biar apa saja badai yang melanda, biar ombak menghempas kita teruskan berkuak dan berenang untuk menuju ke destinasi kita sendiri.

Akhir sekali Tahniah juga buat Ali yang dianugerahi ‘Anugerah Madum’. Anda sememangnya layak. Tentang perjanjian kita, Insyaallah aku akan cuba ok. Khas buat delegasi pendebat pendidik Fizik semua. Hahaha.

 

dsc01372

Macam mana boleh ada Pjoyz ni???

PAHIT MANIS DEBAT DIRAJA KE-12

28/11/08 – 03/12/08 membawa seribu satu perasaan kepada diriku sendiri. Mungkin aku boleh bergembira dan berbangga dengan kejayaan adik-adik kecilku di UKM tetapi jauh disudut hatiku seribu satu kekecewaan menghantui diriku.

Kejayaan adik-adik tahun satu aku dalam perdebatan kali ini memang membanggakan. Pencapaian pasukan yang sepatutnya menjadi harapan patut diberi pujian. Kumpulan aku sendiri yang sepatutnya memberi harapan, tertumbang di medan perjuangan.

Mungkin ada hikmah di sebalik ketidakberjayaan ini. Mungkin ini juga petunjuk dariNya untuk aku lakukan sesuatu perubahan. Mungkin ini juga adalah sedikit pembalasan untuk aku sedar dari segala kesilapan yang pernah aku lakukan. Selepas ini jangan biarkan kejayaan itu terus pergi meninggalkan kita. Carilah kejayaan sehingga kita berolehnya.

Keputusan penuh :

  1. Johan Kategori Utama Bahasa Melayu – UPM
  2. Pendebat Terbaik Akhir Utama – Amiruddin Abd Rahman (Fikir Seorang Fakir)
  3. Johan Kategori Muda Bahasa Melayu – USM
  4. Pendebat Terbaik Akhir MUda – Farah Syazwani (Perampas takhta aku)

pb300101

Seluruh kontinjen UKM

pb300108

Jejaka UKM

pb300106

Wanita UKM

 

pb300104

Utama 1 Yang ‘happening’

Akibat kekalahan awal aku, sempatlah aku, Abg Kerel, Abg Hasrul dan Abg Napi ke Batu caves untuk melawat tempat tersebut. Maklumlah, aku tak pernah rasa nak memanjat 272 anak tangga dekat situ. Jadi bila berkesempatan marilah mencuba. Hahahha

Ini adalah sedikit gambar untuk tatpan anda bersama ok.

dsc01355

Dipuncak kejayaan naik tangga

dsc01345

 Jinak-jinak burung merpati, bila didekat ianya lari.

dsc01350

272 anak tangga lagi ni

dsc013511

Steadylah Abg Kerel, Yayyyy

dsc013461

Baru sampai dah suruh ambil gambar

 

dsc013491

Aku yang tetap maintain kehenseman. Hahaha