PAHIT MANIS DEBAT DIRAJA KE-12 I

Tahniah buat pasukan ‘kekasih gelapku’ yang menjadi Johan debat diraja. Lama sudah kau menunggu, memang kejayaan milikmu. Kejayaan itu memang ditangguhkan buat dirimu. Semoga kau akan terus berjaya dan aku juga boleh berjaya seperti kau.

dsc013751

Gelap tak ‘kekasih gelapku’? Jangan marah ya Fara

Kepada Amir yang dapat ‘best speaker’ tahniah. Anda memnag layak unutk menerimanya. Segala usaha dan penat lelah berbaloi juga. Satu penghomatan tertinggi bila di pentas akhir. Strategi pembunuhan karakter yang dilakukan memnag menjadi.

dsc01374

Bila 2 orang 3rd speaker bergambar

Buat Ammar, anda adala pelengkap kepada pasukan ini. Tanpa anda, mereka juga tidak akan ke mana. Yang lain jangan terasa hati pula. Hahaha.

 

03122008753

Bila 2 orang yang comel bergambar. Hahaha

Pada Miss F, tahniah atas kejayaan best speaker final. Berusahalah untuk lebih berjaya dan jangan mudah putus asa. Takhta yang dirampas itu perlu digunakan sebaiknya. Jangan pandang belakang lagi, teruslah emnuju kehadapan.

dsc01365

Penyerahan takhta. Hahahaha

Buat Norlida, jangan terus menerus tatapi kekecewaan itu, ingatlah apa yang aku pesa itu. Sekurang-kurangnya anda berjaya ke pentas final itu. Berbanding orang lain yang tidak mempunyai rezeki seperti anda.

Buat adi Zulhuzaimy, tahniah buat anda. Teruskan usaha untuk berjaya. Naib Johan juga suatu kejayaan yang patut dibanggakan. Teruskan berlakon ok. Hahhaha

Buat pasukan USM pula (yang pinjam tie aku) tahniah buat anda semua. Kejayaan pasti akan jadi milik kita sekiranya ada usaha dari anda sendiri dan doa kepada yang berkuasa. Jangan lupa share 2% atas kemengan anda. Hehehehe.

Buat yang kurang bejaya seperti pasukan UKM, jangan mudah berputus asa. Mungkin rezeki itu masih ditangguhkan olehNya. Jadi kita kena terus berusaha untuk mendapatkannya. Biar apa saja badai yang melanda, biar ombak menghempas kita teruskan berkuak dan berenang untuk menuju ke destinasi kita sendiri.

Akhir sekali Tahniah juga buat Ali yang dianugerahi ‘Anugerah Madum’. Anda sememangnya layak. Tentang perjanjian kita, Insyaallah aku akan cuba ok. Khas buat delegasi pendebat pendidik Fizik semua. Hahaha.

 

dsc01372

Macam mana boleh ada Pjoyz ni???

PAHIT MANIS DEBAT DIRAJA KE-12

28/11/08 – 03/12/08 membawa seribu satu perasaan kepada diriku sendiri. Mungkin aku boleh bergembira dan berbangga dengan kejayaan adik-adik kecilku di UKM tetapi jauh disudut hatiku seribu satu kekecewaan menghantui diriku.

Kejayaan adik-adik tahun satu aku dalam perdebatan kali ini memang membanggakan. Pencapaian pasukan yang sepatutnya menjadi harapan patut diberi pujian. Kumpulan aku sendiri yang sepatutnya memberi harapan, tertumbang di medan perjuangan.

Mungkin ada hikmah di sebalik ketidakberjayaan ini. Mungkin ini juga petunjuk dariNya untuk aku lakukan sesuatu perubahan. Mungkin ini juga adalah sedikit pembalasan untuk aku sedar dari segala kesilapan yang pernah aku lakukan. Selepas ini jangan biarkan kejayaan itu terus pergi meninggalkan kita. Carilah kejayaan sehingga kita berolehnya.

Keputusan penuh :

  1. Johan Kategori Utama Bahasa Melayu – UPM
  2. Pendebat Terbaik Akhir Utama – Amiruddin Abd Rahman (Fikir Seorang Fakir)
  3. Johan Kategori Muda Bahasa Melayu – USM
  4. Pendebat Terbaik Akhir MUda – Farah Syazwani (Perampas takhta aku)

pb300101

Seluruh kontinjen UKM

pb300108

Jejaka UKM

pb300106

Wanita UKM

 

pb300104

Utama 1 Yang ‘happening’

Akibat kekalahan awal aku, sempatlah aku, Abg Kerel, Abg Hasrul dan Abg Napi ke Batu caves untuk melawat tempat tersebut. Maklumlah, aku tak pernah rasa nak memanjat 272 anak tangga dekat situ. Jadi bila berkesempatan marilah mencuba. Hahahha

Ini adalah sedikit gambar untuk tatpan anda bersama ok.

dsc01355

Dipuncak kejayaan naik tangga

dsc01345

 Jinak-jinak burung merpati, bila didekat ianya lari.

dsc01350

272 anak tangga lagi ni

dsc013511

Steadylah Abg Kerel, Yayyyy

dsc013461

Baru sampai dah suruh ambil gambar

 

dsc013491

Aku yang tetap maintain kehenseman. Hahaha