LAWATAN INTEGRASI ( 15/12/2008 )

Setelah semua peserta berkumpul di hotel pada hari sebelumnya, maka hari ini adalah waktu untuk bertolak ke Sarawak. Penerbangan yang sepatutnya pada jam 10 pagi telah ditunda ke pukul 11 pagi. Namun semua itu tidak menjejaskan mood aku nak pergi bercuti (walaupun ala-ala budak sekolah kena beratur dan sebagainya) Hahaha.

dsc01378

Sebelum nak check in barang

Sesampai saja di Kuching kami disambut dengan ‘banner’ yang telah disediakan oleh pihak JPNIN Sarawak (rasa macam VIP tu) Kami dibawa ke Hotel Grand Continental untuk penginapan. Aku sepatutnya sebilik dengan Fairus Jaidi, namun dia tak dapat join sakit masuk IJN (mari kita doakan dia semoga cepat sembuh) Maka saudara Nizamudin (Mont) dengan cepatnya nak sebilik dengan aku (x nak sebilik dengan budak-budak sekolah, hahaha)

Lepas check ini terus ada taklimat. Adoi penat pun belum hilang. Tilam pun belum pans diduduki punggung aku. Hahaha. Ada taklimat lagi dari orang Sarawak pula. (Down, penat) Lepas taklimat ada sesi bicara minda (ilmiah gila nama program) tapi pengisiannya tentang perpaduan negara dan isu semasa (Yang penting sesi menyanyi dan menyumbangkan suara)

Habis sesi petang semua balik bilik bersiap untuk ke makan malam bersam Persatuan Siswazah Sarawak pula. Makan malam dekat ‘Tower City’. Makan sambil tengok bumi Kuching dilimpahi hujan (Pergh, tak nampak apa-apa langsung) Sesi makan-makan ni lah yang best.

dsc01380

Sebelum nak naik lif

 

dsc01383

Penghulu dan penghuluwati (Sepadan kan? opsss)

 

dsc01384

Aku, Kay dan Hafis (Khalis)

 

dsc01388

Ydp Persatuan Siswazah (Umur 61 masih boleh menyanyi)

 

dsc01390

Inilah aku yang sedikit membesar

 

Selesai makan malam semua pulang ke bilik masing-masing. Tapi kami 10 orang pelajar IPTA duduk mengadakan diskusi tentang seorang insan. Hahaha. Orangnya aneh sehinggakan kami perlu untuk membincangkan tentang beliau. Memang menjadi kenangan dalam lawatan ini. Hahaha.

Perkara lain :

  1. Penerbangan MAS yang mendarat di Kuching begitu kasar dan tidak sebaik Air Asia. Begitu juga dengan ruangan tempat duduk. Hahaha.
  2. Penat dan jadual pack sangat. Semuanya kena cepat. Terkadang macam budak sekolah rasanya.
  3. Hotel dekat Kuching best jugalah. Hotel putra dekat K.L pun ‘not bad’
  4. Budak-budak sekolah macam takut nak berborak dengan budak IPTA, mengapakah?
  5. Datin Fauziah memang vogue menyanyi tidak kurang juga Hafiz Hood. Hahaha