LAWATAN INTEGRASI ( 15/12/2008 )

Setelah semua peserta berkumpul di hotel pada hari sebelumnya, maka hari ini adalah waktu untuk bertolak ke Sarawak. Penerbangan yang sepatutnya pada jam 10 pagi telah ditunda ke pukul 11 pagi. Namun semua itu tidak menjejaskan mood aku nak pergi bercuti (walaupun ala-ala budak sekolah kena beratur dan sebagainya) Hahaha.

dsc01378

Sebelum nak check in barang

Sesampai saja di Kuching kami disambut dengan ‘banner’ yang telah disediakan oleh pihak JPNIN Sarawak (rasa macam VIP tu) Kami dibawa ke Hotel Grand Continental untuk penginapan. Aku sepatutnya sebilik dengan Fairus Jaidi, namun dia tak dapat join sakit masuk IJN (mari kita doakan dia semoga cepat sembuh) Maka saudara Nizamudin (Mont) dengan cepatnya nak sebilik dengan aku (x nak sebilik dengan budak-budak sekolah, hahaha)

Lepas check ini terus ada taklimat. Adoi penat pun belum hilang. Tilam pun belum pans diduduki punggung aku. Hahaha. Ada taklimat lagi dari orang Sarawak pula. (Down, penat) Lepas taklimat ada sesi bicara minda (ilmiah gila nama program) tapi pengisiannya tentang perpaduan negara dan isu semasa (Yang penting sesi menyanyi dan menyumbangkan suara)

Habis sesi petang semua balik bilik bersiap untuk ke makan malam bersam Persatuan Siswazah Sarawak pula. Makan malam dekat ‘Tower City’. Makan sambil tengok bumi Kuching dilimpahi hujan (Pergh, tak nampak apa-apa langsung) Sesi makan-makan ni lah yang best.

dsc01380

Sebelum nak naik lif

 

dsc01383

Penghulu dan penghuluwati (Sepadan kan? opsss)

 

dsc01384

Aku, Kay dan Hafis (Khalis)

 

dsc01388

Ydp Persatuan Siswazah (Umur 61 masih boleh menyanyi)

 

dsc01390

Inilah aku yang sedikit membesar

 

Selesai makan malam semua pulang ke bilik masing-masing. Tapi kami 10 orang pelajar IPTA duduk mengadakan diskusi tentang seorang insan. Hahaha. Orangnya aneh sehinggakan kami perlu untuk membincangkan tentang beliau. Memang menjadi kenangan dalam lawatan ini. Hahaha.

Perkara lain :

  1. Penerbangan MAS yang mendarat di Kuching begitu kasar dan tidak sebaik Air Asia. Begitu juga dengan ruangan tempat duduk. Hahaha.
  2. Penat dan jadual pack sangat. Semuanya kena cepat. Terkadang macam budak sekolah rasanya.
  3. Hotel dekat Kuching best jugalah. Hotel putra dekat K.L pun ‘not bad’
  4. Budak-budak sekolah macam takut nak berborak dengan budak IPTA, mengapakah?
  5. Datin Fauziah memang vogue menyanyi tidak kurang juga Hafiz Hood. Hahaha
Advertisement

10 Respons

  1. seronoknya melawat…
    sakan nmpak..hehe..
    sesekali kembali ke zaman persekolahan..hehe…

  2. datin Fauziah tu classmate aku punya aunty. What a Small world!

  3. jijah >>> seronok gak arrr

    mont >>> jgn kata aunty ko pun suka menyanyi.hahaha

  4. Mont nampak hensem siooot bergambar sebelah husna… eh nuar kompem ko GEMUK!!!

  5. dlm entry ni sy amat tertarik gmbr mont dgn husna….mmg gmbr mereka cun..nampak sepadan..haha…( jgn meroy lak..)….
    enjoy ur life k…..
    cemane leh g sane tu?? cite la sikit….huhu…

  6. nuar, nape gmbr ko x penuh??
    (ko takut org tau sampin ko labuh ke???)
    nape cte x hbs smpi part kat airport??

  7. Sham >>> Aku mungkin berisi, tapi bukan boroi. opsssss

    Paan >>> Jangan nampak kurus, tapi hakikat perut tersembul. wahahaha

    Sarah >>>kan..kan…kan…. adiah percutian dari JPNIN

    Zetty >>>Mungkin aku tak nak tunjuk aku pakai wedges epal macam ko kot. opssss

  8. wah….happy ke datang ke sarwak ni…kalau ada masa pg lah lagi…nanti adik jemput…hehehe….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: