Sudah lama aku tangguhkan cerita lawatan aku kan. So aku sambung balik ya.
Ni dah masuk hariĀ ke-3 aku dekat bumi Sarawak. Hari tu aku kena melwat kawsan rumah panjang orang Iban pula kot. Kalau aku tak silap dan masih ingat ah. Perjalanan ambil masa dekat 2 jam.
Sepanjang perjalanan macam biasa ah kan, sesi mengumpat dan bergurau senda dalam bas. Kami kan pendebat, mana tau nak duduk diam. Dari main ‘regu’ teka-teki. Macam-macam aktiviti kami sempat buat. Budak-budak sekolah senyap saja. Bosan betul.
Bila sampai saja di sana, kami teruss disambut dengan satu pemujaan oleh ketua kampung untuk memohon kepada tuhan mereka supaya menyelamatkan kami. Aku berdoa dalam hati sudah.

Siap berborak dan minum tuak
Selesai sesi pemujaan kepada tuhan mereka, kami dibawa mengelilingi rumah panjang mereka. Sambil diirngi tarian dan alat muzik mereka, kami bergerak melihat dan meninjau rumah-rumah mereka.

Moden dah rumah mereka
Bila dah selesai tawaf pusing semua rumah, kami ditempatkan di satu kawasan untuk acara seterusnya. Macam biasa, kita akan melihat tarian lagi. Dari anak dara dan bapa si dara. Mcam biasa, acara ini untuk menyambut kedatangan kami ke kawasan mereka.

Part anak dara menari

Part bapa si dara pula
Selesai tarian semua, macam biasa part paling mengantuk. Acara ucapan dari macam-macam wakil. Ketua kampung, ADUN dan ketua pengarah perpaduan. Adoi, berdarah telinga aku menahannya. Dtambah dengan mengantuknya lagi. Sabar sajalah.
Habis sesi bosan, kami semua dikehendaki emlakukan acara merembah renyai. Biasanya acara ini dilakukan oleh anak-anak muda lelaki kampung untuk meraikan kejayaan. Selalunya kalau tak salah aku, perkara yang akan diperolehi selesai acara ini adalah arak.
Tetapi disebabkan kami ni ramai yang Islam maka ianya diubah kepada baranagn dan hadiah biasa. Contohnya, keropok, air tin, buah dan sebagainya.(macam dekat funfair pun ada gak)

macam pokok krismas
Selesai acara pusing-pusing pokok krismas, kami dijamu makanan tengahari. Sambil makan-makan, kami dihidangkan dengan suara nyanyian dan tarian poco-poco oleh penduduk tempatan. Aku apa lagi teruslah menunjukkan bakat aku menari kepada semua orang.
Hahahaha. Oklah selesai semua itu, kami terus pulang ke hotel. Tapi sempat juga kami nak pergi shoping sikit. Oklah, nanti akan bersambung lagi
Filed under: Melagho | 2 Comments »