LAWATAN INTEGRASI ( 16/12/2008 ) PART I

Pagi-pagi lagi dah kena bangun (maklumlah dekat Kuching waktunya cepat lebih kurang setengah jam kot). Bersiap, sarapan dan berkumpul dekat Loby hotel nak ke Kampung Budaya (Tiket masuk RM 60, tapi sponsored by JPNIN). Sarapan hotel ni memang best dan meletops sangat. Hahaha.

Kami naik bas ke Kampung Budaya hampir 1 jam 45 minit (Lama betul, kematu punggung). Sepanjang perjalanan hujan merahmati perjalanan. Melalui kaki gunung Santubong (lagu tema Puteri Santubong). Sampai punylah awal kami dekat sana, jam 8.45 pagi. Hahaha. Kampung Budaya pun tak buka lagi. Semangat betul orang JPNIN ni. Dia buka saja pintu kami terus serbu masuk.

dsc01396

Kafe dekat Kampung Budaya

dsc01397

Aku begitu tertarik dengan patung ini. Hahaha

dsc01398

Posing atas jambatan buluh.

Lepas lalu jambatan buluh. Kami terus ke rumah yang pertama. Rumah Bidayuh. ‘Special’nya rumah ini, sebab bahagian depan rumah panjang ada kubu pertahanan dari serangan musuh. Jadi anak-anak lelaki akan berada di rumah itu untuk mempertahankan rumah panjang mereka.

Dalam rumah kubu tu, ada tempat menyalai dan mengeringkan kepala musuh-musuh yang telah mereka tewaskan. Lepastu, dekat dalam rumah tu juga ada tempat mereka melakukan penyembahan kepada tuhan mereka. Apa lagi, aku pun ambillah gamabr tempat penyembahan dan anak muda yang sedang menjaga rumah panjangnya.

dsc01400

Sempat saja semua nak bergambar

dsc01402

Tempat penyembahan mereka. Macam-macam ada.

dsc01403

Gembira sebab musuh sudah ditewaskan.

Dari rumah bidayuh kami dibawa ke rumah orang Iban. Macam biasa di setiap rumah, kami akan dipersembahkan dengan tarian mereka. Rumah Iban ni pun ada tempat penyembahan kepada tuhan, tempat salai kepala musuh macam dekat rumah Bidayuh (Kerja diorang dulu-dulu memang asyik penggal kepala orang saja kan?)

Tapi dekat sini ada orang sedang menenun (tak tahu apa yang ditenun, lupa) Kata dia, satu helai yang ingin ditenun dulu-dulu ambil masa berbulan, tapi sekarang sebab dah pakai benang yang dah dijual di kedai, maka prosesnya ambil masa 3-4 hari.

dsc01408

Gaya tak sengaja

dsc01413

Jom joget. hehehe

dsc01414

Berbelit tu benang dia.Pening…..

Lepas tu kami ke rumah penan pula. tapi dia bukan rumahlah, hanya pondok biasa. Tak tahu kenapa macam tu. tapi dekat sini ada tempat untuk mencuba sumpit.(Siapa banyak angin bolehlah. Haha) Jadi apa lagi, ramailah yang mencuba. Ada yang masuk air, ada yang tak kena sasaran dan tidak kurang juga ada yang berbakat. hahaha. Siapakah itu? Rahsia. Jom tengok gambar.

dsc01416

Berbakat woo pegang sumpit. Hahaha

Lepas dijerit-jerit oleh pegawai JPNIN untuk cepat maka kami ke rumah orang Ulu yang bapak tinggi. Tak percaya? Ni gambarnya.

dsc01418

Amacam???

Dari atas pemandang sekitar Kampung budaya sangat indah. Dan yang paling penting dekat rumah ini ada orang main gitar sumpik (kalau tak salah sebutlah.) Lepastu macam biasa, orang menari-nari dan ada orang main masak-masak dekat dalam. Aku lupa nama dia tapi diperbuat dari kentang dan manis dan sedap rasanya(makan saja). HUhuhu.

dsc01417

Mari berposing sakan

dsc01419

Cantik lukisan dekat belakang akak tu.

dsc01422

Inilah kuihnya, 4 keping RM 1. Murah…

Seterusnya ke rumah Melanau pula. Bak kata Mont dan juga Kay kami balik ke rumah Faizal UiTM ahhaha. Dekat sini ada tarian buluh yang kepit-kepit kaki tu. Hahaha(main suka jer bagi nama) Lepas tu rumah dia pun tinggi jugalah. Elak banjir dan binatang buas. Apa lagi adalah yang mencuba tarian buluh tu. Macam apa dah bila mereka menari. Semua takut kaki terkepit buluh. Hahaha.

dsc01424

Cantik juga rumahnya dari luar

dsc01425

Maaf muka perlu disensored kan. Haha

dsc01429

Bertenggek di tangga rumah.

5 buah rumah dah kami jelajahi. 2 rumah yang terakhir ni dekat semenanjung pun ada juga. Mula-mula rumah melayu. Dekat dalam rumah disediakan congkak, pelamin, katil pengantin dan bahagian loteng rumah untuk kegunaan anak dara untuk tidur. Maklumlah, orang dulu-dulu mana bagi perempuan ni bercampur sangat dengan lelaki. Tapi sekarang semua pun ok saja. Haha. Kalau tak silap konsep rumah melayu yang diambila dalah rumah Melaka.

dsc01430

Betul tak rumah belakang tu rumah Melaka?

dsc01431

Macam rasa dekat rumah aku jer…

Akhir sekali rumah cina. Dekat rumah cina tak banyak benda buat. Sebab kelam kabut nak pergi tengok persembahan dekat dewan Kampung Budaya. Tapi dalam rumah cina ni banyak mesin. Lepas tu lantai rumah dari tanah liat, tapi bila dah lama dipijak, jadi macam simen biasa jer.

dsc01432

Salah satu mesin yang ada.

Lepas tu kami ke dewan untuk menonton persembahan kebudayaan. Meenarik jugalah. Yang paling penting ada pak lawak yang buat kami tak kering gusi. menariknya, penari-penari adalah orang yang sama dan menarikan beberapa jenis tarian. Hebat. Tahniah buat mereka.

dsc01433

Abang inilah yang pandai buat lawak. Serius saja muka

Selesai persembahan mereka, penonton diajak naik ke atas pentas untuk menari bersama mereka. Oleh kerana aku sudah lupa daratan menari, maka aku tidak ambil sebarang gamabar. hahaha. Selesai, semua pulang ke hotel untuk satu event lain.

dsc01434

Nak balik dah.

Selepas pulang dari Kampung Budaya kami ada pertandingan Master Malaysia bersama jiran muda sekitar Kuching. Permainan yang tidak pernah aku sentuh. tapi agak menarik dan sangtlah susah soalannya. Bentuk permainan seperti monopoly, saidina dan yang sama waktunya. tapi pemain dikehendaki menjawab soalan berkaitan dengan Malaysia terhadap 4 kategori iaitu people, land, culture dan heritage. Selesai permainan semua berehat untuk aktiviti malam.

Contoh soalan Master Malaysia :

  1. Siapakah arkitek yang membina bangunan tabung haji?
  2. Siapakah arkitek yang membina KLIA
  3. Apakah nama penulis puisi …(tajuk puisi bahasa tamil)?
  4. Pada tahun 1939, taman negara dikenali dengan nama?

Menarikkan? Siapa yang bisa menjawab soalan ini, andalah Master Malaysia yang kami cari. Hahaha.

Satu Respons

  1. kain pua kumbu r, insan… hehe…
    tu jer yg aku tau, soklan 1 smpi 4 tu, aku xtau jwpnnyer… yayyy!! (tiba2…)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: