10 PERKARA SEPINTAS LALU

  1. Tahniah kepada kekasih gelapku ( Sham, Farah jangan marah ) sebab dapat mewakili Malaysia untuk pidato dunia. Edisi tahun depan kau ajar aku pidato untuk aku mencuba nasib ya. ( Terima kasih belanja makan )
  2. Sekarang tengah sibuk lagi menguruskan jadual pelajaran aku semester ini yang banyak sangat masalah percanggahan waktu. Down. (in progress nak diselesaikan) Jadual kurang padat.
  3. Sedang sibuk untuk debat IKIM yang begitu complicated. hahaha
  4. Laptop aku baru kena format sebab banyak sangat virus ‘cinta’ dalam ni.
  5. Selera makan bertambah tidak tentu arah. ( Benci tekanan )
  6. Sedang memikirkan satu perkara yang telah lama tidak kurasakan. Kompleks betul. Hahaha. Apakah?
  7. Aku dah ada semua lagu dalam album Siti Nurhaliza. ( Jangan jeles )
  8. Aku rasa nak melagho lagi, tapi nanti duit tak cukup pula. Hahaha ( Ada sesiapa nak belanja aku??? )
  9. Aku sebenarnya mengalami sindrom malas nak ber mesej pendek dengan sesiapa. Tapi aku layankan jua.
  10. Aku sekarang ada hobi baru. Berenang di Kelab rekreasi danau UKM. Yehaaaa, best tau. Paan mesti suka.