Aku rasa sangat berbangga selepas solat jumaat tadi, ramai yang masih menunggu untuk solat hajat untuk saudara kita di Bumi Palestin. Hanya senjata doa mampu untuk kuhulurkan buat saudaraku di sana.
Aku rasa menarik juga bila Leftenan Komanden tentera mengajar subjek Kaunseling tadi. Buat pertama kali diajar oleh pengajar tentera. Mula-mula takut kemudian rasa gembira. Hahaha.
Aku rasa tiba masanya untuk memberitahu semua, yang aku terpilih untuk ke Debat IKIM, satu-satunya debat yang aku jangka tidak akan dapat aku sertai. Namun tahun ini diberikan peluang tersebut. Akan aku cuba yang terbaik. Doakan aku ya. Teringat kata-kata kawan John :-
Inilah dia apabila syaitan berbicara tentang syurga.
Aku rasa tersentak sedikit dengan tuduhan memainkan perasaan orang. Aku hanya aku. Aku perlukan masa. Soal hati dan perasaan ini, mana boleh dipaksa-paksa. Hati ini hanya satu, bukan untuk dibahagi sesuka hati. Oppssss, terlebih sudah.
Sekarang aku rasa apa yang korang semua tidak dapat merasa. Biarlah aku rasa kesemuanya, agar rasa ini sebati dalam diri supaya apa yang aku rasa hanya aku yang rasa.
Filed under: Hidup | 5 Comments »