RASA

Aku rasa sangat berbangga selepas solat jumaat tadi, ramai yang masih menunggu untuk solat hajat untuk saudara kita di Bumi Palestin. Hanya senjata doa mampu untuk kuhulurkan buat saudaraku di sana.

Aku rasa menarik juga bila Leftenan Komanden tentera mengajar subjek Kaunseling tadi. Buat pertama kali diajar oleh pengajar tentera. Mula-mula takut kemudian rasa gembira. Hahaha.

Aku rasa tiba masanya untuk memberitahu semua, yang aku terpilih untuk ke Debat IKIM, satu-satunya debat yang aku jangka tidak akan dapat aku sertai. Namun tahun ini diberikan peluang tersebut. Akan aku cuba yang terbaik. Doakan aku ya. Teringat kata-kata kawan John :-

Inilah dia apabila syaitan berbicara tentang syurga.

Aku rasa tersentak sedikit dengan tuduhan memainkan perasaan orang. Aku hanya aku. Aku perlukan masa. Soal hati dan perasaan ini, mana boleh dipaksa-paksa. Hati ini hanya satu, bukan untuk dibahagi sesuka hati. Oppssss, terlebih sudah.

Sekarang aku rasa apa yang korang semua tidak dapat merasa. Biarlah aku rasa kesemuanya, agar rasa ini sebati dalam diri supaya apa yang aku rasa hanya aku yang rasa.

Advertisement

5 Respons

  1. wah! ko masuk IKIM..adakah ini satu petanda kiamat sudah dekat?

  2. Paan >>> Ko memang hampehkan… Nak tengok ustaz anuar datanglah menonton. hahaha

  3. macam mana ya rupa nuar yang gelap sebab terbakar???

  4. Bayangkan nuar sedang berdebat dan pada masa yang sama badan terbakar. Apa yang dituturkan membakar diri sendiri. hahahahaha

  5. epal >>> mcam kau!!!boleh???

    pjoyz >>> boinkkkk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: