DEBAT IKIM 09

Aku baru pulang dari debat IKIM. Edisi kali ini UKM tidak pun berjaya ke peringkat suku akhir. Walaupun orang kata mungkin alasan ini klise, tapi seperi biasa Allah belum lagi memberikan rezeki kejayaan. Mungkin ada yang kurang di pihak kita untuk berusaha.

Rumusannya :

Perlawanan menentang UIAM di perlawanan pertama itu sememangnya bagi aku berpihak kepada mereka. Kapasiti pengalaman dan juga kebolehan menimbulkan logik kepada hakim memberikan kelebihan. Aku sangat-sangatlah cuak (pertama kali masuk edisi debat berbeza dengan seribu satu hipokrasi cuba dilakukan)

Perlawanan kedua petang itu menampakkan kematangan dan kebolehan mengawal keadaan dengan lebih baik. Menentang pasukan USM yang semakin menempa nama bagi aku agak seimbang. Namun tidak tahu mana arahnya, kami kalah lagi dengan perbezaan markah yang agak mengejutkan bagi aku. Namun aku terpaksa redha, tersenyum saja.

Perlawanan ketiga dan yang terakhir untuk edisi kali ini menentang UDM. Perubahan posisi dilakukan, aku mengambil ali tugas sebagai menteri pertama dan menggulung kes. Hahaha. Perlawanan pelengkap jadual tetapi perlu dipersembah dengan sepenuh hati. Kejayaan milik kami untuk menutup edisi kali ini.

Tiada apa yang dapat diungkapkan. Hanya jutaan terima kasih buat Kak Minah yang gigih bersama kami. Abg Bob yang sudi mencurah ilmu dan bakti. Abg Hasrul yang sentiasa memberi sokongan peribadi. Aria yang sentiasa bertanya khabar dan merindui. Buat alumni lain yang sentiasa memberi sokongan tidak terperi.