Di siang hari kami semua telah puas berjoget dan menari di Kampung Budaya. Kemudian diuji secara mental pula dengan permainan Master Malaysia. Kepenatan dalam diri ini janganlah ditanya, namun peluang untuk bercuti ini perlu dimanfaatkan sebaiknya.
Malam itu kami ke Kawasan Rukun Tetangga di Daerah Bau kot. Aku pun dah terlupa. Tapi kawasan itu adalah penduduk orang bidayuh. Kedatangan kami disambut dengan begitu meriah. Setiap orang dipakaikan dengan seutas gelang tangan. Ramai penduduk kampung yang beratur dan bersalaman dengan kami semua.
Jom pakai gelang
Seperti biasalah, ketibaan kami seharusnya disambut dengan pelbagai tarian kebudayaan masyarkat bidayuh. Yang menariknya, tarian ini ditarikan oleh kanak-kanak lingkungan umur 6-17 tahun. Semuanya pelajar sekolah menengah dan rendah di kawasan sekitar.
Tak cukup dengan tarian, pelbagai jenis muzik juga diperdengarkan kepada kami. Maklumlah, mereka harus berbangga sebab pemuzik mereka pernah dijemput membuat persembahan sempena hari kemerdekaan. Hahaha.
Comel-comel penari dia
Pemuzik yang jadi kebanggaan mereka
Selesai semuanya, kami pun kenalah memulangkan diri ke hotel semula. Tidur perlu untuk dinikmati kerana keletihan telahpun menjadi santapan sepanjang hari. Hahaha. Sebelum itu kenalah bergambar lagi.
Masyarakat tempatan
-orang-orang comel sahaja-
Filed under: Melagho | 6 Comments »