SPA Q

Pernah tak tengok cerita ini??? Kalau pernah tengok, aku tiba-tiba semalam aku rasa macam aku sedang berada di Spa Q (versi lelaki ah). Watak seperti Qistina dan Sheila Oh Lala ada di tempat kejadian. Hahaha

Begini, di sebabkan harga yang murah (gunting dan basuh) hanya RM 10, maka aku dengan penuh yakin gunting dan basuh lah sekali rambut. Dengan wanita yang seksi mengurut kepala, alangkah indahnya hidup (semalam dah lah aku puasa). Hahaha

Tatkala sedang rambut aku digunting dan dibasuh, aku telah diajak mengumpat oleh tukang gunting tu (macam wanita Sheila). Aku hanya mampu tergelak saja (tak nak batalkan puasa). Ditambah pula Kak Daa yang memang suka tergelak dan sibuk memandang aku untuk join gelak juga.

Walaupun kakak yang pada mulanya sangatlah garang itu bertukar menjadi mesra  yang teramat sangat. Aku pun terkejutlah juga. Terus senyuman itu melekat untuk tiap pelanggan.

Actually aku pun terkejut juga sebab aku dijadikan pilihan untuk diajak mengumpat, mungkin melihatkan kemesraan wajah aku. Hahaha.

Anyway, tahniah untuk Meet Uncle Hussain atas kemengan di AJL. Buat Faizal Tahir yang sangat ah kreatif tahniah juga. Aku tetap menantikan Dato’ Siti Nurhaliza untuk kembali ke pentas AJL.