CHEWING GUM & SAMAN

Semalam entah apalah nasib aku. Sepanjang hari aku terlalulah sibuk. Ke sana sini, menyiapkan segala tugasan dan perkara. Aku gagahkan diri bangun di awal pagi walaupun tidur lewat pada hari sebelumnya.

Pada sebelah malamnya, aku seperti biasa melaksanakan tanggungjawab aku untuk ke bilik debat mendidik mereka dengan pengalaman yang ada ini. (Cetek jer pengalamannya). Memberi komen dan segala cadangan untuk mereka perbaiki segala yang lemah. Semuanya hanya untuk pertandingan yang akan berlangsung minggu depan.

Selepas sesi latihan, Jr aku (Khalis) yang sudah mendapat khabar gembira (kemasukan biasiswa). Jadi dengan murah hatinya beliau membelanja sesiapa yang berkesempatan keluar makan bersama malam tadi. Aku yang memang dah 2 3 hari tinggalkan diet, tanpa segan silu membatalkan lagi niat berdiet, demi sesuap nasi (cewah, macam dah lama tak makan)

Pulang dari itu, aku dikenakan saman di pintu masuk UKM. KESALAHAN : TIADA PELEKAT KERETA 2008.


dsc00031

Kereta siapakah ini???

Adoi, melayang nanti Rm 50 duit aku sebab bayar saman. Walaupun pada mulanya aku hampir berjaya untuk memujuk pengawal itu untuk tidak menyaman aku (keadaan dia teragak2 untuk tulis saman. Memandangkan wajah comel aku) Tapi akhirnya mungkin akibat ramai sangat yang telah ada beratur untuk dikenakan saman, makan pengawal itu dengan rasa berat hati, tulis juga ( Pak DOWN!!!!)

Maka dapatlah aku tiket percuma ke Wisma Aman UKM. (Bila aku nak pergi bayar saman ni??)

Tak cukup dengan itu, sesampai sahaja di bilik, ketika membogelkan diri (BACA : SEDANG MENYALIN PAKAIAN DENGAN TUALA) aku nampak ada kesan Chewing Gum di bahagian belakang seluar aku (@ dengan bahagian punggung pulak). Sekali lagi aku terpaksa menjerit PAK DOWN!!! (tapi tak kuatlah)

dsc00030

Arghhh, nasib dah tinggal sikit

Pergh, aku sangatlah terharu dengan keadaan aku semalam (jam 2.00 pagi) duk mengenang nasib diri. Moga hari ini diriku terus diebrkati ALLAH.

Aku chow dulu, banyak lagi kerja ni. AKU MENULIS TATKALA AKU SUDAH PENAT MEMBUAT KERJA.