CHEWING GUM & SAMAN

Semalam entah apalah nasib aku. Sepanjang hari aku terlalulah sibuk. Ke sana sini, menyiapkan segala tugasan dan perkara. Aku gagahkan diri bangun di awal pagi walaupun tidur lewat pada hari sebelumnya.

Pada sebelah malamnya, aku seperti biasa melaksanakan tanggungjawab aku untuk ke bilik debat mendidik mereka dengan pengalaman yang ada ini. (Cetek jer pengalamannya). Memberi komen dan segala cadangan untuk mereka perbaiki segala yang lemah. Semuanya hanya untuk pertandingan yang akan berlangsung minggu depan.

Selepas sesi latihan, Jr aku (Khalis) yang sudah mendapat khabar gembira (kemasukan biasiswa). Jadi dengan murah hatinya beliau membelanja sesiapa yang berkesempatan keluar makan bersama malam tadi. Aku yang memang dah 2 3 hari tinggalkan diet, tanpa segan silu membatalkan lagi niat berdiet, demi sesuap nasi (cewah, macam dah lama tak makan)

Pulang dari itu, aku dikenakan saman di pintu masuk UKM. KESALAHAN : TIADA PELEKAT KERETA 2008.


dsc00031

Kereta siapakah ini???

Adoi, melayang nanti Rm 50 duit aku sebab bayar saman. Walaupun pada mulanya aku hampir berjaya untuk memujuk pengawal itu untuk tidak menyaman aku (keadaan dia teragak2 untuk tulis saman. Memandangkan wajah comel aku) Tapi akhirnya mungkin akibat ramai sangat yang telah ada beratur untuk dikenakan saman, makan pengawal itu dengan rasa berat hati, tulis juga ( Pak DOWN!!!!)

Maka dapatlah aku tiket percuma ke Wisma Aman UKM. (Bila aku nak pergi bayar saman ni??)

Tak cukup dengan itu, sesampai sahaja di bilik, ketika membogelkan diri (BACA : SEDANG MENYALIN PAKAIAN DENGAN TUALA) aku nampak ada kesan Chewing Gum di bahagian belakang seluar aku (@ dengan bahagian punggung pulak). Sekali lagi aku terpaksa menjerit PAK DOWN!!! (tapi tak kuatlah)

dsc00030

Arghhh, nasib dah tinggal sikit

Pergh, aku sangatlah terharu dengan keadaan aku semalam (jam 2.00 pagi) duk mengenang nasib diri. Moga hari ini diriku terus diebrkati ALLAH.

Aku chow dulu, banyak lagi kerja ni. AKU MENULIS TATKALA AKU SUDAH PENAT MEMBUAT KERJA.

Advertisement

13 Respons

  1. itu macam bukan chewing gum jerk???? jeng3x

  2. Syam >>> Oikkk, aku dah buang, memanglah sikit jer. jgn pikir bukan-bukan ok.

  3. kene saman? – maknenye ko x chomeyl…
    kene chewing gum?- maknenye salah ko batlkan niat diet… atau dah lapar sangat smpi duduk pun x tengok kerusi? (*_*)…
    hehehe…

  4. aku sudah berpikiran bukan2 serta kotor…………

  5. woi..hahaha..kan da kene saman..tp xsmpi rm50..biasa die bg rm10-rm20 je..ko pjuk2 la sape2 pakcik or makcik pgawai kat wisma aman tu..hehehe..aku pn pnah gak kene saman…yeye..

  6. Macam tompokan air **** je nuar.. haaaa… baik ko ngaku.. hahahaha… Pak Down? ko dah jadi laki ke nuar? ngeh2

  7. zetty >>> ape tuh???

    Paan >>> ko mmg sntiasa berfikiran yg bukan2

    Shida>>> Hmm, x tau ahhhh

    Pjoyz >>> Aku mmg sntiase lelaki ah… Kalo air mani byk ag kot..hahahha.lucah cam paan dah

  8. Saman tu tak payah bayar la..

    Bagi je buah limau kat pak gad tu.. settle.. (Rasuah ni.. haha!)

    Singum tu tak payah bersih la..

    Beli je suar baru..

  9. i down tabley bg komen fez…
    tasempat~~
    eh btw..
    saman da settel lom??
    thanks sebab tiap2 malam gigih tolong latih kitorg…
    walaupun kitorg ala2 ximprove..
    huuuu~
    terharu niiii..
    *out nanges*
    wahahah…

  10. Huhu.. Yang rasuah tu, sekadar gurauan.. Hehe..

    Kes bagi buah limau di pak gud kolej adalah bukti dari 2 mata saya sendiri..

    kalu ikot peraturan, semua pelajar kene tulis nama keluar masuk dari kolej..

    Tbe2 hari tu ada la pelajar cina, bagi buah limau kat pak gud, then terus je masuk tanpa tulis nama..

    Haha, mungkin diaorang ikhlas nak bagi.. Ape pun, kes rasuah ni hanya la guraun.. Dont take it seriously k!

  11. Aha, lupe pulak.. Nak bersihkan singum dari seluar, ada tips dia..

    Gunakan ais.. sape2 kat singum.. then cbe kikis2 pelan2.. Jangan koyak dah le..

    Test dlu, xtau jadi ke x..

  12. hmm mengikut pengalaman, dulu abg pun kena saman sampai 3 kali N, tak penah bayar kat wisma aman.. tp konvo jeh.. hahaha

  13. bilik sebelah >>> tq atas cdgn itu

    topec >>>tue yg x nak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: