LAWATAN INTEGRASI (17/12/2008)

Sudah lama aku tangguhkan cerita lawatan aku kan. So aku sambung balik ya.

Ni dah masuk hari  ke-3 aku dekat bumi Sarawak. Hari tu aku kena melwat kawsan rumah panjang orang Iban pula kot. Kalau aku tak silap dan masih ingat ah. Perjalanan ambil masa dekat 2 jam.

Sepanjang perjalanan macam biasa ah kan, sesi mengumpat dan bergurau senda dalam bas. Kami kan pendebat, mana tau nak duduk diam. Dari main ‘regu’ teka-teki. Macam-macam aktiviti kami sempat buat. Budak-budak sekolah senyap saja. Bosan betul.

Bila sampai saja di sana, kami teruss disambut dengan satu pemujaan oleh ketua kampung untuk memohon kepada tuhan mereka supaya menyelamatkan kami. Aku berdoa dalam hati sudah.

dsc01446

Siap berborak dan minum tuak

Selesai sesi pemujaan kepada tuhan mereka, kami dibawa mengelilingi rumah panjang mereka. Sambil diirngi tarian dan alat muzik mereka, kami bergerak melihat dan meninjau rumah-rumah mereka.

dsc01450

Moden dah rumah mereka

Bila dah selesai tawaf pusing semua rumah, kami ditempatkan di satu kawasan untuk acara seterusnya. Macam biasa, kita akan melihat tarian lagi. Dari anak dara dan bapa si dara. Mcam biasa, acara ini untuk menyambut kedatangan kami ke kawasan mereka.

dsc01456

Part anak dara menari

dsc01458

Part bapa si dara pula

Selesai tarian semua, macam biasa part paling mengantuk. Acara ucapan dari macam-macam wakil. Ketua kampung, ADUN dan ketua pengarah perpaduan. Adoi, berdarah telinga aku menahannya. Dtambah dengan mengantuknya lagi. Sabar sajalah.

Habis sesi bosan, kami semua dikehendaki emlakukan acara merembah renyai. Biasanya acara ini dilakukan oleh anak-anak muda lelaki kampung untuk meraikan kejayaan. Selalunya kalau tak salah aku, perkara yang akan diperolehi selesai acara ini adalah arak.

Tetapi disebabkan kami ni ramai yang Islam maka ianya diubah kepada baranagn dan hadiah biasa. Contohnya, keropok, air tin, buah dan sebagainya.(macam dekat funfair pun ada gak)

dsc01453

macam pokok krismas

Selesai acara pusing-pusing pokok krismas, kami dijamu makanan tengahari. Sambil makan-makan, kami dihidangkan dengan suara nyanyian dan tarian poco-poco oleh penduduk tempatan. Aku apa lagi teruslah menunjukkan bakat aku menari kepada semua orang.

Hahahaha. Oklah selesai semua itu, kami terus pulang ke hotel. Tapi sempat juga kami nak pergi shoping sikit. Oklah, nanti akan bersambung lagi

Advertisement

2 Respons

  1. nua, bpe banyak lagi entri ko nak cte tentang lawatan tu?
    macam cerpen yang keluar kat paper,
    laz skali ada tulis
    ” * sambungan pada keluaran akan datang..”
    penat nak tungu…

  2. zetty >>> sbr yer, dah nak abis punnn

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: