Aku jarang dapat update blog. Ini pun adalah senggang waktu yang dapat kucari dari menyiapkan assigment yang bertimbun dan berlambak.
Sebenarnya esok aku akan ke Pulau Langkawi untuk kerja lapangan. Bayangkan aktiviti pembentangan alat bantu mengajar sehingga ke Pulau Langkawi. Hahaha. Kalau dah nama aku ketuanya, haruslah berjalan. Hahaha.
Aku memang sibuk. Menyelesaikan setiap perkara untuk urusan yang lancar ke tempat itu. Dengan masalah belanja yang tiba-tiba disekat oleh pihak fakulti (aku rasa macam nak tukar U dah ni) menyebabkan segalanya menjadi kekangan dan masalah.
Nasib aku ada rakan-rakan lain yang banyak memberi sokongan dan idea untuk memudahkan segalanya. Ditambah lagi dengan pensyarah kesayangan kami semua yang banyak gila membantu (siap dia yang betulkan kertas kerja, telefonkan untuk penginapan dan macam-macam lagi)Hahaha
Bila masa pula dah suntuk sekarang ni, ditambah dengan asssigment baru yang bertambah, maka hidup aku menjadi tidak tentu arah seketika. Celik dari tidur, terus aktif bergerak ke sana sini. Tidur? Janganlah cakap, tak tenang dibuatnya. Hahaha.
Nasiblah, ada seorang rakan meninggalkan aku sebuah kereta sepanjang dia pulang ke kampung. Maka sedikit sebanyak pergerakan aku menjadi lebih mudah (masa ni plak die nak balik kampungkan. Hahaha)
Oklah, tak nak buang masa, ni aku tengah buat power point untuk presentation hari selasa minggu depan. Aku sampai UKM pun pada hari selasa. Hahaha. Moga semuanya akan berjalan lancar. Doakan keselamatan aku dekat sana. Nanti aku update pasal langkawi ya.
p/s : Segala bentuk kiriman tidak dibenarkan, ucapan maaf didahulukan sebab aku memang kekeringan gila sekarang ni. Makan pun ala-ala catu ya. Sah-sah duit aku memang tak cukup sampai hujung Sem. Uwaaa, mana nak cari duit ni??? Hehehe
Filed under: Hidup | 5 Comments »