LAWATAN INTEGRASI EP TERAKHIR

Ini adalah episod terakhir pengembaraan aku di Sarawak sempena lawatan integrasi. Program yang terakhir tidak banyak pun yang menarik. Malam sebelum bertolak balik diadakan makan malam bersama ADUN dari sebuah kawasan di Sarawak tu.

Makan malam, acara baca ikrar dan penyampaian sijil melengkapkan lawatan kami ke sana. Tidak dilupakan acara karaoke dan menari poco-poco juga diadakan. Semua peserta tidak melepaskan peluang tersebut. Hahaha.

dsc01464

Mengapakah bermenung???

dsc01467

Penerima anugrah seterusnya….

Selesai makan malam, kami melantak karaoke dan balik ke bilik untuk sambung sesi rutin harian kami di sana, mengumpat Yasir.. hahaha. Banyaklah lagi yang diceritakan. Penuh dah dosa kami malam itu. hahaha

Esoknya, kami dibawa melawat ke muzium Sarawak. Malangnya, kamera tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam muzium. Maknanya, tidak ada gambar yang aku boleh ambil. Yan sempat di luar sajalah ya.

dsc01470

Mari bom Israel

Selepas jalan-jalan di muzium, kami berjalan-jalan dekat water front. Membeli belah dekat sana. Aku dah tak tahu apa nak beli lagi dah. Hahaha. Lepas tu semua balik hotel dan bersiap untuk pulang. Penerbangan jam 4 petang. Kelam kabut dibuatnya. Hahaha.

Bila dah check in baru nampak muka-muka kepenatan. Tengok ni.

dsc01472

Antara budak-budak sekolah yang pergi

dsc01474

Kamilah pewaris bangsa

Bila sampai di KLIA kami pun balik mengikut haluan masing-masing. Sehingga sekarang pun, adalah beberapa orang yang masih lagi dihubungi. Contohnya Azah budak sekolah yang kata wajah aku macam ustaz dia. hahaha. Kalau budak-budak U jangan ceritalah, sah-sah kami memenag selalu berjumpa. Di amna sahaja kami akan bergelak ketawa.

Oklah, cerita pasal lawatan dah habis. Nanti kalau aku ada cerita menarik lagi, aku kongsi dengan korang ya. daaa

SAKIT & HIBA

Sekarang aku tengah sakit belakang dan juga berat kepala.
Aku hiba sebab pulang dari Debat Astar 09, adik-adik aku kurang berjaya.