MENGHELA NAFAS LEGA

Ada beberapa perkara aku ingin kongsikan bersama.

  1. Setelah aku memungkiri janji untuk pulang ke rumah, maka hari Jumaat selepas kelas aku akan pulang ke rumah. (jumpa emak)
  2. Setelah sebulan lebih aku tidak pulang ke rumah, maka aku hendak pulang (jumpa emak)
  3. Setelah hiba di ASTAR, aku hendak pulang (jumpa emak)
  4. Setelah sakit pulang dari ASTAR, maka aku akan pulang ke rumah (jumpa emak)
  5. Setelah diserabutkan dengan kerja yang banyak, maka aku akan pulang ke rumah (jumpa emak)
  6. Setelah kertas kerja yang memeningkan menampakkan sinar, maka aku hendak pulang (jumpa emak)
  7. Setelah aku diasak setiap hari untuk memenuhi semua tuntutan, maka aku perlu penuhi tuntutan pulang ke rumah (jumpa emak)
  8. Setelah hati ini sentiasa sedih dan merasa kosong, maka aku akan isi dengan pulang ke rumah (jumpa emak)
  9. Setelah aku penat dan letih di sini, maka aku perlu cergas semula dengan pulang ke rumah (jumpa emak)
  10. Setelah aku merapu di sini, aku hanya nak bagitahu aku balik rumah (jumpa emak)

Mesti korang cakap aku anak emak. Jawapan aku mudah, memang ya aku anak emak aku. Takkan monyet pula. Hahaha.

p/s : Sayangilah emak anda. Jangan pernah derhaka. Syurga itu di bawah tapak kakinya. Kasih dan doa seorang ibu sangat berharga buat diri kita untuk meneruskan kehidupan. Percayalah, hanya ibu yang bisa buat kita tenang, tatkala kita sedang serabut.

Advertisement