MAAF SEMUA

Maaf kepada anda semua. Itu sahaja ungkapan yang aku boleh tinggalkan untuk anda semua.

dsc00019

Ini tangan aku

Ini sebenarnya gambar tangan aku yang berinai. Sebenarnya aku inai rambut, maklumlah rambut aku kan beruban. Hahaha. Jadi aku kenalah juga inai rambut. Saja nak buat gimik sikit. Aku tak ada awekz pun lagi, camna nak kahwin. Hahhaa

DEBAT INTEGRITI

Benarkan aku menggunakan bahasa ponds kat dalam entry kali ini. Hahaha. Tapi versi ini telah diedit mengikut kesesuaian jantina aku. Hahaha.

Pak down sangat sekarang, sebab pak dengar debat integriti tangguh sudehhhh. Pak bencilah camni, pak dah berhajat nak naik berdebat untuk UKM, tiba-tiba Pak dengar berita yang sangatlah menyedihkan ini.

Masalahnya, debat yang ditangguhkan ini pula waktu pak tengah Praktikal Mengajar. Down, Pak tak boleh masuk. Si Kak Daa pun tension gak. Dia lagilah, Sarawak sudehhhh. Tapi nak buat cmnekan, mungkin inilah peluang untuk adik-adik pak menunjukkan dan membuktikan sesuatu. hahaha

Tapi Pak tak kisahlah hai, penat pak nak pikir. Tapikan, kalau ikut percaturan Pak, next debat yang akan naik is Alam sekitar. Itu pun kalau kepimpinan adik-adik pak bagi pak naiklah uolszzz…. If tak, pak kena berentap unuk naik kemerdekaan lah. If tak dapat gak yang pasti pak dapat naik Royalllah uolszz. Pak down, tahun depan pka kena rehat nampaknya. Hahahah.

Tak apalah, Pak ok jahhh. If orang bagi kepercayaan, Pak naiklah uolszz. If tak, maksudnya Pak sudehhh tak dipercayai lagi. Hahaha

Oklah, nak kembali ke versi normal Ok. Hahaha. daaa

kecewatelappliant

Apa pandang-pandang???

GADUH

Tadi semasa dalam perjalan pulang dari rumah ke UKM, aku macam biasalah sebagai anak bujang yang gigih merantau ke negeri orang untuk menuntut ilmu naik bas saja untuk pulang. Namun, ada satu kejadian yang berlaku masa aku nak naik bas ke seremban.

Masa nak naik bas tu, konduktor bas yang aku nak naik ni bergaduh dengan konduktor bas sebelah. Puncanya kalau tidak salah aku mencerap adalah akibat salah seorang dari mereka menunjukkan isyarat tidak pada kepada seorang lain. erkara ini menyebabkan seorang itu nak angin.

Akibatnya, kami sebagai penumpang menjadi mangsa. Bayangkan, aku naik bas pukul 9.30 pagi, bas mula bergerak jam 10 pagi. Benci betul. Sepanjang aku duduk dalam bas itu, mereka masih lagi bergadu. Masing-masing cuba untuk mendapatkan pelanggan masing-masing (sebab kedua-duanya mengikut laluan yang sama)

121732906_9a2370fb63

sekadar hiasan

p/s : Budi bahasa amalan kita. Hormatilah orang tua. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Hahaha. hayatilah

CEREKARAMA

Semalam berkesempatan untuk menonton satu cerekarama di rumah bersama emak. Tajuknya sebelum menutup mata. Tajuknya saja sudah membuat aku tertarik untuk menontonnya. Pelakon pun menarik, ada Ako Mustafa yang sudah berisi dan gemuk. Hahaha.

Filem yang mengisahkan anak CEO yang baru kematian bapa mencari sinar bahagia dalam hidupnya. Maka bertemu seorang gadis yang bernama Anisah pekerja di sebuah rumah anak yatim. Tertarik dengan keikhlasan wanita itu, Jazli ini pun terpikat dan berusaha dengan pelbagai cara. Urusan kerja sudah bertukar kepada urusan menjaga anak-anak yatim di tempat Anisah bekerja.

Apa yang menariknya, garapan cerita cinta di dalam filem ini. Keikhlasan seorang lelaki dan budinya seorang wanita menghiasi percintaan mereka. Namun ada satu yang memisahkan mereka. Si Anisah menghidap AIDS akibat perpindahan darah yang pernah dilakukannya dahulu.

Di akhirnya, cinta mereka tidak bersatu ke jinjang pelamin, namun berakhir dengan keikhlasan hati masing-masing saling menyintai (Pergh best kalau ada orang yang mencintai aku sebegitu rupa)

Kepada sesiapa nak tengok cerita ini, carilah kat dalama Youtube ke, laman TV3 ke. Mesti ada. Selamat menonton dan menghayati cinta suci ini. Hahaha

p/s : tiba-tiba terjiwang pula. Hahaha. Tapi kadangkala menonton cerita cinta ini memang menarik pun.