Semalam berkesempatan untuk menonton satu cerekarama di rumah bersama emak. Tajuknya sebelum menutup mata. Tajuknya saja sudah membuat aku tertarik untuk menontonnya. Pelakon pun menarik, ada Ako Mustafa yang sudah berisi dan gemuk. Hahaha.
Filem yang mengisahkan anak CEO yang baru kematian bapa mencari sinar bahagia dalam hidupnya. Maka bertemu seorang gadis yang bernama Anisah pekerja di sebuah rumah anak yatim. Tertarik dengan keikhlasan wanita itu, Jazli ini pun terpikat dan berusaha dengan pelbagai cara. Urusan kerja sudah bertukar kepada urusan menjaga anak-anak yatim di tempat Anisah bekerja.
Apa yang menariknya, garapan cerita cinta di dalam filem ini. Keikhlasan seorang lelaki dan budinya seorang wanita menghiasi percintaan mereka. Namun ada satu yang memisahkan mereka. Si Anisah menghidap AIDS akibat perpindahan darah yang pernah dilakukannya dahulu.
Di akhirnya, cinta mereka tidak bersatu ke jinjang pelamin, namun berakhir dengan keikhlasan hati masing-masing saling menyintai (Pergh best kalau ada orang yang mencintai aku sebegitu rupa)
Kepada sesiapa nak tengok cerita ini, carilah kat dalama Youtube ke, laman TV3 ke. Mesti ada. Selamat menonton dan menghayati cinta suci ini. Hahaha
p/s : tiba-tiba terjiwang pula. Hahaha. Tapi kadangkala menonton cerita cinta ini memang menarik pun.
Filed under: Hidup |
sy tgk cite tu……dan mmg best yg amat….
nangis juga la di akhir nye….( minah jiwang tul aku ni…^_^)
best nye kalau ade orang yg menyintai diri ini sedemikian rupe…hehe….( tiru ayat nuar…huhu)
sarah >>> marilah menyokong cerita melayu. SAya x delah menangis..hehehe