MENGAPA ISU PALESTIN TERJADI

Ini hanyalah pandangan peribadi seorang insan yang sangat kerdil di muka bumi ALLAH ini.

Tetapi aku suka menyatakan beberapa perkaitan.

Tatkala aku menyertai satu mesyuarat agung untuk fakulti tercinta aku, aku sedih dengan ayat dari seorang bakal  pendidik Agama Islam mahupun Quran dan Sunnah yang menggelarkan seorang pensyarah  dengan gelaran  ‘kerbau betina’ Bukankah seorang guru sangatlah dipandang mulia.

Aku juga sedih dengan sifat mereka yang membezakan taraf aku @ kami bakal pendidik Sains dengan mengeluarkan ayat ‘bukan orang kita tu’ (Adakah aku dan dia berbeza agama, maka aku bukan orang mereka?)

Adakah tatkala nama calon dari pendidik Sains mula dicalonkan, maka mereka perlu merasa takut seakan-akan kami ini tidak sehaluan dalam memperjuangkan Islam? (Ada ke patut ayat ini dikeluarkan, ‘Eh orang dia dah ramai tu, bahaya ni nanti orang kita kena tindas’

Adakah pula seorang bakal pendidik Agama wajar untuk memaki hamun orang lain dengan kata-kata kesat, walaupun tatkala marah (yang tidak sepatutnya pun dia marah. Akibatnya, termalu sendiri dan adakah permohonan maaf dipinta?) Inikah yang dianjurkan Islam.

Akhirnya, dek kerana sifat mereka ini, maka tidak hairanlah mengapa saudara kita di Palestin itu sedang menangis dan meraung berjuang. Sebab saudara kita di tanah air sendiri dibezakan, apatah lagi mereka yang jauh di sana. Maka tidak hairan mengapa negara Mesir tidak mahu membuka pintu sempadan.

Semuanya hanya kerana kita sendiri. Fikirkanlah, bagaimana agaknya generasi hadapan mahu mendapatkan ilmu agama yang sempurna, tatkala bakal pendidiknya sendiri kucar-kacir.

Aku bukan mahu menghentam sesiapa, tetapi hanya mahu semua sahabat berfikir kembali. Renungkan sedalamnya, jangan pernah kita terpesong.

p/s : Aku terfikir tentang anak-anak kita di masa depan menimba ilmu agama!!!