Apalah tajuk entry ni jadi macam ni. Hahahha. Aku pun tidak tahu. Yang pasti aku hanya nak kuatkan semangat aku yang semakin sibuk sebab field trip aku ke Langkawi tinggal 3 hari saja lagi. Hehehe.
Maklumlah, selaku ketua pengarah untuk program yang akan dinilai ini, aku mestilah cuak. Bayangkan kalau projek ini tidak menjadi, mesti markah aku paling banyak kena tolak. Adoiiii
Maka aku perlu bertahan dari segi mental dan fizikal. Haha. Pertahanan ini bukan saja untuk mengelakkan diri aku tertekan, tetapi untuk menyelamatkan orang lain menjadi mangsa(jangan ada yang mengada cakap dia kena marah dengan aku, sebab aku tak marah orang ok). Hahaha
Oleh itu, (banyaknya penanda wacana) aku dengan sesuka hati mengumumkan aku malas hendak beres-em-es dengan sesiapa melainkan perkara yang berkaitan dengan kerja aku saja. Jadi sesiapa yang es-em-es aku perkara lain,perlu ke aku balas??? Hahahaha(Nasib tak ada makwe, kalau tidak mesti aku tak tulis macam ni)Wahahha.
Apa lagi eh nak cerita????Oh ya, semalam aku pergi beli buku rujukan SPM subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik. Semuanya untuk persediaan pengajaran mikro nanti. Lagipun, bolehlah aku bersedia awal untuk praktikal. Hahaha. (betul ke aku dah nak praktikal, kecutttttt perut woooo)
Dalam masa seminggu ini juga ada dah dua kali ulang alik LCCT ambil dan hantar kawan-kawan aku yang duduk di Sarawak. Hahaha. Gigih betul aku memandu, nasib dekat saja. Maka dengan sepantas kilatlah aku memandu.(jangan tiru aksi ini, hanya boleh dilakukan ketika hendak cepat saja, hahaha)
Sekarang ini, aku selalu diserang oleh kawan-kawan di Facebook dan juga es-em-es. Terima kasihlah atas semua serangan itu. Aku bersyukur kerana ada orang yang ingat padaku, tetapi pendekatan mudahya adalah tidak perlu layan. Hahaha. Aku merapu apa ni??
Ok, sebelum aku semakin merapu, baik aku tamatkan sesi penulisan ini. Hahaha
Filed under: Hidup |
hurm… agak merepula..
gud luck untuk praktikal btw…
x pyh kecut perut…
ajar jeh…
jgn banyk membidas n melaha sude…
ngeh3x…
wow..
nk praktikal dh ker??
boley ker nie??
hehe…
xpe, selagi ad keyakinan, selagi tue boleh..
insyaALLAH(baik x komen naqib nie)
insaf la…(tetibe)
hahaha
p/s:xnk melaha org.. x elok…(hahaha)
ape ko merapu konyer tajok dh…
huhuhu nk ikut leh??
eh, kaki ko sampai untuk tekan minyak ek? baru aku tau
paan >>>kaki x smpai, guna tongkat!!!!
afir >>> ikut g mane??hahaha.sah2 x boleh!!!!
naqib >>>dah insaf???hm,baguslah!!!!!
zetty >>>tau x pe!!!