CERITA A, B DAN C

Terima kasih kepada semua yang mengucapkan dan mendoakan kebahagiaan aku sempena hari lahir yang lepas. Tentang gambar hadiah? Tahun ini adalah sedikit hadiah yang kuterima dari kenalan rapat. Murah dan mahal tidak menjadi persoalan, janji diberi dengan ikhlas dan bukan atas niat yang lain.

Tidak dilupakan kepada yang mengucapkan selamat kepada ku, jika tidak berbalas harap maaf. Juga kepada mungkin nombor telefon yang tidak dikenali, juga terima kasih. (bila tanya siapa tidak berbalas, so lantaklah)

Baik, aku sebenarnya nak sambung balik cerita A, B dan C. Terima kasih kerana ada yang sudi memberikan judul cerita tersebut. Hahaha. Sebab aku tertarik dengan cerita ini. Untuk dijadikan panduan kepada semua. Semoga semua orang akan dapat berubah.

Seperti cerita sebelum ini, Si A masih lagi berusaha gigih untuk meminta maaf pada B. Seperti biasa, C tak kisah (Aiman tak kisah kot). Tapi yang kelakarnya Si A ini, kesalahannya tak nak mengaku, tetapi masih hendak terus menipu dan juga terus-terusan mengampu. Adoi, mengapalah tindakannya tidak sebijak pengalamannya (kata kawan aku)

Ikut kata kawan aku lagi, Si B menjangkakan Si A akan berusaha untuk meminta maaf kepada C juga kerana Si B malas dah nak layan dengan ayat-ayat sampah Si A. (Kasarnya ayat kawan aku ni bercerita)

(Aku bertanya lagi, tahu tak apa C nak buat nanti) Si C pula berasa dia bahagia sekarang. Si C akan buat bodoh sajalah. Jika benar Si A akan berusaha, C hanya akan bergelak ketawa. (Ayo, kejamnya!!!)

Pandangan aku.

Kenapa Si A nak minta maaf, tapi terus menipu. Bagi aku, akui saja kesilapan pasti akan dimaafkan. Tapi kerana strateginya dah lambat maka terkuburlah segala harapan. Hahaha. Jadi kepada sesiapa, tanya akulah apakah strategi nak berbaik. Wahaha.

Tapi bila mendengarkan cerita ini, aku masih lagi memikirkan ketidakpandaian (kata sopan) Si A. wahhaha.

Semoga B dan C sentiasa selamat dari gangguan dan kekacauan. Aminn (Mari doakan mereka)

p/s : Pasal langkawi selepas ini bersambung ya.

Advertisement

22 TAHUN LAMANYA

Jam 6.45 petang 22 tahun yang lalu, seorang kanak-kanak kecil lahir kedunia. Hehehe. Dengan gema Azan Masjid Al-Azim Melaka mengiringi kelahirannya.

Nama yang menjadi pilihan Ibunda, Anuar (sempena nama doktor yang menyambutnya) Namun atas perbincangan lahirlah insan bernama Khairul Anuar Bin Salim (penulis Insan Kerdil)

Pelbagai ranjau kehidupan dilaluinya. Dalam keperitan hidup dalam sebuah keluarga, sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah tidaklah serosak mana dibandingkan dengan orang di sekelilingnya. (Cuma dirosakkan jer. wahaha)

Terimalah (ayat rima yang ringan untuk anda)

BERSYUKUR KEHADRAT ILAHI,

ATAS REZEKI DI DUNIA INI,

UNTUK IMAN DIHATI.

 

TERIMA KASIH BUAT AYAH & IBU,

MENYAYANGI SEPENUH KALBU,

TANPA RASA JEMU.

 

BERUNTUNG PEROLEH RAKAN,

SENTIASA JADI PENEMAN,

BUAT TEMPAT SANDARAN.

 

Yang terakhir, terimalah beberapa wajah aku 5 tahun ke belakangan ini. Hehehe

dsc01540

Yang ni gambar masa form 3. Hahaha. Bak kata kawan aku, Ya ALLAH, comelnya. Muka suci sangatkan (sekarang dah tak). DAhlah kurus. Jadi ingat ya, aku memang sebenarnya kurus. Wahahha. Masuk teknik dengan muka nilah.(Ramai kakak angkat) Sejak dari kecil memang suka pakai topi. HEhehe

dsc01552

Ini gambar masa SPM, kalau tengok betul-betul, tak adalah gemuk sangat. Hahaha. Tapi masa 3 bulan lepas exam nilah duk mengembangkan badan. Hahaha. Yang penting rambut belah tengah tu. Hahaha

 

copy-of-copy-of-img_06031

Ni masa aku 1st year. Gambar ambil dekat Sarawak. Tengok gambar ni. Gemuk gila aku. Hahaha. Maklumlah, berat mencecah 66 kg. Arghhh. Gemuknya. Hehehe. Muka pun skema dan budak-budak lagi. Bak kata kawan aku, muka x gatal lagi. Sekarang muka gatal gila. Yeke???

merunimap-1

Ini Gambar masa aku pelajar tahun 2. Sekitar bulan ogos. Sebab aku pergi debat merdeka. Hehehe. Masa ini gemuk lagi kot, sebab aku belum mula diet. Tapi kurang sikitlah dari gambar sebelumnya. Betul x? Yang paling penting dah pandai nak bergaya sikit. Kalau tidak, skema je.

p22800281

Ini gambar yang terbaru. Aku kembali kurus setelah melalui proses pendietan dan macam-macam lagi. Kalau nak ikutkan, ini pun dah berkembang sikit dah. Hati kecewa. Wahaha. Wajah muka pun dah kelihatan terbentuk tirusnya.

Doa kupohon :

Semoga aku sentiasa dirahmati dan disayangi.

Semoga aku diberika kesihatan yang baik dan umur yang panjang.

Semoga aku sentiasa beroleh rezeki yang banyak, keluarga yang baik dan kehidupan yang aman dan sentosa.

Semoga aku beroleh perlindungan dan terjauh dari segala maksiat, malapetaka dan kebencanaan.

Insyaallah…

LANGKAWI’S FIELD TRIP EP 3

Selesai aktiviti petang untuk melagho di tepian pantai. Maka petang menjelma bagi meneruskan aktiviti sebenar yang patut dilakukan. Aktiiviti malam adalah pembentangan kesalahfahaman tentang fizik yang sering dilakukan oleh pelajar. (Misconception in physics)

Macam biasa, ada 8 team yang akan bentang misconception ini. Semua orang berbincang bersama-sama. Part yang paling  kelakar bila orang yang membentangkan juga mengalami salah tanggap terhadap perkara yang dibentangkan. Hahaha.

Tengoklah gambar yang ada ini ya.

dscn38871 

siapa yang buat lawak tu

dscn3886

mekna tengah berwajah apakah?

p2280216

soli mengapakah??

p2280210

nurul bersabar

p2280220

mei mei sedang cakap done (don)

101_0244

tengah pikir nak ‘kencing’ (menipu) apa

st8326391

ready tuk mengumpat

Selesai pembentangan , aku kena mesyuarat untuk program explore race plak untuk esooknya. Banyak sungguh kerja aku. Sedih betul aku.

NAsib baiklah, kepenatan aku dan 5 kawan aku yang lain dibalas dengan En Zol yang belanja minum kat kedai mamak. Hahaha. Best tau. Baik En Zol ni.hahaha

SELASA

Biasanya hari selasa adalah hari yang paling tidak seronok jika ada kelas. Sebab masuk kelas yang aku sendiri tidak faham motif perjuangannya. Hahaha. Ke mana halatuju kelas tersebut pun tidak dapat aku tafsirkan.

Jika sebut saja hari selasa, adoi, jawabnya peninglah kepalah otak aku ini. Namun hari ini best, sebab aku tak ada kelas. Orang yang mengajar pergi ke mana tah. Bentangkan sesuatu kertas kerja mungkin.

Namun semuanya tak lama, minggu hadapan kembali ada kelas dengan pembentangan yang mungkin menarik. Aku tunggukan gelagat semua orang berlakon nanti. Hahaha.

Kumpulan aku lambat lagi. 2 minggu selepas tu baru nak bentangkan. Ikut giliranlah katakan. Hahaha.

Oklah, aku tak tahu nak tulis apa, tu yang duk merapu jer ni. Nanti aku update sambungan cerita Langkawi ya. Daaa

PESTA PANTUN 09′

Seminggu yang lalu, UKM ada pertandingan pantun. Aku terlibat secara tak langsung saja. Jadi guru vokal dan persembahan (tiba2 jer). Aku tolong pun sikit saja. Tolong bagi isu sikit, tengok logik dan kefahaman sesebuah pantun saja.Bab lain tak pakar (lagi2 part bahasa)

Sejak hari jumaat lagi dah mula. Yang bestnya, 4 orang pendebat masuk. Pang, Khalis dan Firdaus. Mereka ni dah memang masuk dari edisi lepas lagi. Tapi tidaklah mengejutkan sangat. Tapi yang paling mengejutkan bila Amira Suriati masuk (alah yang jantan tu) Whahahaha.

Mulanya, aku taklah masuk team pun (hatta menjadi simpanan) sejak pusingan awal, tapi tiba-tiba di pertandingan akhir aku menjadi ahli simpanan pasukan. (kata Kak Daa, nanti tak cukup orang nak angkat piala)Hahahha

Aku tak kisah pun, aku bantu dari awal bukan nak apa pun, hanya suka melihat kawan berjaya dan berpantun. Maklumlah, bidang2 bercakap dan gila mic ni memang aku suka. Hahaha. (mesti ramai nak guna point ni nak hentam aku)

Aku pun jadilah simpanan pasukan. Dapat gak pakai tanjak (betul ke nie?)Hahaha. Pakai baju tajaan Malek, nak sama dan padan ngan sampin pinjam dari Pusat Kebudayaan punya pasal.

Alhamdullilah, pasukan kolej aku menang dan jadi Johan Pesta Pantun UKM 09′(buat kali ke-3 berturut2).Hehehe. Dapat aku posing dalam gambar. Hahaha. Pasukan kolej aku terdiri darpada Firdaus (Kak Daa-Pendebat Terbaik Uolsszzz), Aisyah, dan Malek.

Apa lagi, lepas menang sesi bergambar. hahaha. Nak tengok. Aku memakai baju ala2 terlebih sudey.Hahaha

 

dscn6389

Meh posing

dscn6416

Dah menang ambillah hadiah (ini tugas aku)

dscn6418

Semua pemenang (dah rasa cam debat jer)

dscn6431

Dengan budak2 KTDI (3rd place)