KU BARU PULANG

Semalam kira-kira jam 1 pagi aku baru menjejakkan kaki ke Bumi UKM ini. Hahhaha. Penat yang menghentam tubuh janganlah ditanya. Sejak dari seminggu yang lalu kepenatan itu sudah mula menghantui. Hehehe

Semalam aku pulang dengan hati yang sangat riang. Banyak perkara yang melintas di akal fikiran ku. Hahahah. Selamat sudah satu tugasan, lega dapat menenangkan fikiran dan juga …

Namun, kegembiraan ini bukanlah lama, kerana ada perkara yang sedang menanti. Dari aspek tugasan, peperiksaan tengah semester dan juga pengajaran mikro. Semuanya menanti pada masa hadapan.

Nanti aku cerita pasal langkawi, tengah kumpul gambar tatkala ini. Huhu