BERCUTI LAGI

Aku ada masa yang terluang sekali lagi. Tujuan utama balik rumah. Hantar barang yang aku beli dari Langkawi pada mak aku. Hahhaha. Aku kan anak yang baik. Hehehe. Banyak tau barang yang aku beli. Malu nak tulis. Hehehe

Aku nak balik ni pun, sebab aku dah terlalu penat dan bosan duduk di UKM ni. Dari satu benda ke perkara yang lain otak aku diserabutkan. Agak tensionlah sekarang ni. Jadi terapi yang paling baik memandang wajah ibu. Hehehe

Namun adalah juga benda yang menggembirakan aku. Nantilah aku cerita bila aku dah pastikan betul-betul. Hehehe. Yang penting minggu yang mendatang ini akan menjanjikan seribu kesibukan buat diriku. Hahaha.

Update berkenaan dengan Langkawi pun aku tak buat lagi. Argh, bilakah masanya akan ada bagi aku melakukan semua itu. (Lagipun sekarang gambar tak cukup lagi) Nantikan ya semua.

Oklah, aku sebenarnya baru habis exam ni. Sangatlah sedih, sebab banyak sangat tak dapat jawab. Tapi tak mengapalah, mungkin ini rezeki atas usaha aku yang sedikit itu.

Oklah, aku nak rehat sekarang ni. Aku akan bercuti selama beberapa hari. Pulang ke rumah tak ada talian internet. Jadi terputus aku dari dunia maya yang banyak kenangannya.