LANGKAWI’S FIELD TRIP EP 1

Barulah aku boleh nak menulis sebab ada sedikit masa. Sebelum ini aku terlalu sibuk dengan pelbagai urusan. Ditambah aku baru dapat mengumpul gambar untuk aku kongsikan bersama korang semua. Hehehe.

Baiklah, untuk episod kali ini, aku nak berkongsi perjalanan aku pergi dari UKM sampai ke Pulau Langakwi terlebih dahulu. Orang kata kita kena ada ‘introduction’ sebelum memulakan cerita yang lain. hehehe

Baiklah, kitorang bertolak dari UKM jam 9.30 malam kot. Hahha, aku tak perasan masa kerana aku terlalu sibuk menguruskan perjalanan. Maklumlah, aku kan ketua Pengarah program ini.

Tengoklah gambar ini terlebih dahulu ya.

dscn1106

 Ketua mesti duduk depan. Wahhaa

dscn2978

Bas dah sampai still posing. Ishhh

p2270002

Yong, kenapa posing depan saya???

Perjalanan kami malam tu agak pantas juga sebenarya, maklumlah bas yang kami naik bas persiaran. laju betul pemandu tu memandu walaupun dalam keadaan sangat letih. Sampailah dekat kawasan rehat bukit gantang kami berhenti sebab kitorang suruh pemandu tidur dulu satu jam. Hahaha.

Kami duduklah berehat dan berbual sepanjang satu jam tu. Berehat dengan pensyarah kami yang memang suka melawak dan bercerita. Hahaha. Jadi satu jam tidaklah terasa terlalu lama. Hehehe.

Maka setelah satu jam, kami meneruskan perjalanan ke jeti Kuala Perlis. Kami sampai dekat sana dalam pukul 7.00 pagi. Hehehe. Kami pergi sarapan dulu, sebab feri kami jam 9.00 pagi. So aktivitinya, bergamabar.

 

dscn2979

Ketua dan timbalannya (Mira)

dscn2987

Bosan?Jom ambil gambar

p2280020

Kacau orang bergambar

p2280028

Cepatlah semua, feri sudah tiba!!!!(Skemanya arahan)

Maka setelah lama juga menunggu, dah puas aku posing dekat semua kamera rakan-rakan gadis. masanya telah tiba untuk kami naik feri. Hahahha. Strateginya, kami orang muda, jadi pensyarah kami semua naik sebagai orang yang terakhir. Katanya tempat dah ada, apa nak takut. Hahaha

Maka perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 1 jam sahaja mengambil masa 1 jam lebih. Semuanya dek kerana feri yang kami naiki agak lembab. Penat dan puas sungguh aku duduk dalam feri sambil menonton cicakman 2. Tak kurang juga duk berborak dengan pensyarah yang terkenal dengan cerita pelbagai dari dia. Haha

dsc01797

Sebelum berangkat, posing dulu